Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
China Lancar Bateri Supercas 1,400A Pertama Dunia, Cas Satu Minit Beri Julat 150km

China Lancar Bateri Supercas 1,400A Pertama Dunia, Cas Satu Minit Beri Julat 150km

Diterbitkan Mei 23, 2025 · Dikemas kini Mei 23, 2025 oleh ariff bukhari

Syarikat pengeluar bateri dari China, SEVB baru-baru ini telah pun telah melancarkan bateri Flash Charge 4.0 versi pengecasan kutub 12C yang mampu mengecas dalam masa hanya lima minit.

Inovasi ini dipertontonkan kepada umum semasa Pameran Bateri Antarabangsa Shenzhen ke-17.

Menerusi produk utamanya dalam siri ini iaitu bateri generasi ke-2, Xinxingchi 2.0 Kiloampere Polar Charging Version, ia merupakan  bateri supercas pertama di dunia yang mencapai arus pengecasan setinggi 1,400A.

Digabungkan dengan sistem voltan tinggi 1,000V pada kenderaan, teknologi ini menyokong pengecasan sepantas 1.4 megawatt.

Ini sekali gus memberikan pengguna EV menikmati julat lebih daripada 150 km selepas mengecas dalam hanya 1 minit dan mendapatkan julat sehingga 450 km selepas mengecas EV dalam masa 5 minit sahaja.

NCM bateri SEVB
Rajah di atas menunjukkan versi pengecasan ekstrem Xinxingyao 2.0 kiloampere. Ia bukan sahaja mencapai jarak lebih dari 1000km, tetapi juga menyokong pengecasan 8C dengan arus pengecasan lebih dari 1000A. Dengan hanya 8 minit pengecasan, ia mampu menawarkan julat sehingga 700km,

Selain teknologi pengecasan bateri EV yang semakin pantas, SEVB juga menekankan keselamatan dan kecekapan tenaga dengan menghasilkan reka bentuk penyejukan canggih seperti penyejukan lapisan berganda dan penebat setaraf teknologi aeroangkasa.

Hasilnya, sistem ini kekal berprestasi tinggi dalam suhu ekstrem, dengan kadar pengekalan tenaga 90% pada suhu -20°C dan operasi normal pada -40°C.

Bukan itu sahaja, teknologi ini turut diperluas kepada motosikal dengan pengenalan bateri 6C yang menghasilkan haba lebih rendah, dengan sasaran SEVB untuk menjadikan kos pemilikan EV dalam tempoh tiga tahun, lebih rendah daripada memiliki ICE.

Berkaitan

  • Umpama Sekali Cas, Sehari Gaming - realme 14 5G
  • CATL Lancar Bateri EV Terbaru Cas Sepantas Isi Petrol
  • Siri HONOR 400 Kini Rasmi, Harga Bermula RM1,899
  • Xiaomi Perkenal Cip XRING O1 - 3nm, 10 Teras CPU, 16 Teras GPU

Sumber: SEVB

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • SoftBank Rancang Pelaburan AS$50 Bilion Dalam Teknologi Di Malaysia - PM Anwar
  • Selepas Didenda €200 Juta, Temu Janji Perketat Kawalan Penjualan Produk Tidak Sah
  • iPad mini Baharu Rasmi Dengan Skrin OLED, Cip A20 Pro, Harga Bermula RM2,999
  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
©2026 WISER.MY