Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Tabung Haji_1

Sistem, Perkhidmatan Utama Tabung Haji Kembali Beroperasi – 3 Fungsi THiJARI Masih Belum Aktif

Diterbitkan Oktober 12, 2026 · Dikemas kini Oktober 12, 2026 oleh Amalina Athman

Lembaga Tabung Haji (TH) kini memaklumkan sistem dan perkhidmatan utamanya telah kembali beroperasi selepas pemeriksaan keselamatan menyeluruh, pengukuhan kawalan dan langkah pemulihan sistem dilaksanakan susulan serangan siber yang menjejaskan perkhidmatannya.

Bagaimanapun, tiga fungsi THiJARI masih belum boleh digunakan, iaitu penetapan semula kata laluan, pendaftaran pengguna baharu dan pembukaan akaun secara dalam talian. Menurut TH, ketiga-tiga fungsi itu memerlukan tindakan pemulihan lanjut sebelum dapat diaktifkan semula.

Perkembangan mengenai fungsi tersebut akan dimaklumkan melalui saluran rasminya dari semasa ke semasa. Sementara itu, semua fungsi THiJARI yang lain telah kembali beroperasi seperti biasa.

Bagi perkhidmatan di kaunter, cawangan TH di Kedah, Terengganu dan Kelantan telah kembali beroperasi pada Ahad, 11 Oktober 2026. Semua cawangan di negeri-negeri lain pula dibuka seperti biasa hari ini. Perkhidmatan melalui bank-bank rakan strategik TH juga telah kembali aktif.

Sebelum ini, TH menghentikan sementara operasi sistem dan perkhidmatannya pada 8 Oktober 2026 bagi melindungi simpanan serta maklumat peribadi pendeposit susulan serangan siber yang menyebabkan gangguan perkhidmatan.

Sejak insiden itu, pasukan dalaman TH bekerjasama dengan pakar luar dan pihak berkuasa keselamatan siber negara untuk menyiasat kejadian, menangani ancaman serta memulihkan sistem. TH turut membuat laporan polis dan melaporkan insiden berkenaan kepada Agensi Keselamatan Siber Negara (NACSA) serta Jabatan Perlindungan Data Peribadi (JPDP).

Lembaga Tabung Haji (TH) memaklumkan bahawa sistem dan perkhidmatan utama telah kembali beroperasi selepas pemeriksaan keselamatan menyeluruh, pengukuhan kawalan dan langkah pemulihan sistem dilaksanakan.

Pendeposit yang mengesan sebarang transaksi atau perkara luar biasa pada… pic.twitter.com/8hU6oewkJx

— Tabung Haji (@Tabung_Haji) October 12, 2026

Dalam perkembangan sama, TH memberi jaminan bahawa simpanan pendeposit adalah selamat. Pemantauan rapi dan usaha memperkukuh keselamatan akan diteruskan bagi memastikan sistem serta perkhidmatan yang diaktifkan semula beroperasi dengan selamat dan lancar.

Pendeposit yang mengesan sebarang transaksi atau perkara luar biasa pada akaun mereka diminta segera memaklumkannya kepada TH. Sebarang pertanyaan, keraguan atau permintaan bantuan boleh diajukan kepada Pusat Perhubungan TH (THCC) menerusi talian 03-6207 1919.

Berkaitan

  • Direka untuk Esports, iQOO 15R Janjikan Pengalaman Gaming Mengujakan
  • JAKIM Touch Baharu Dilancar Dengan Ciri Smart Al-Quran Dan AI Chatbot
  • Tabung Haji Kesan Aktiviti Siber Mencurigakan, Gantung Sementara Perkhidmatan

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Time Internet Tawar Peningkatan Kelajuan Percuma Sehingga 31 Oktober 2026
  • Turkiye Sekat Media Sosial Ke Atas Remaja Bawah 15 Tahun November Ini
  • Penduduk Di India Bantah Projek Pusat Data Google, Bimbang Sumber Air Terjejas
  • Paris Dipilih Jadi Tuan Rumah Acara Permainan Video Pertarungan Terbesar Di Dunia
  • NASA Kongsi Lebih 800GB Data Artemis II - Termasuk 11,000 Foto Dan Video
  • Pulau Pinang Sedang Bangunkan Pulau Silikon, Bakal Tawar 220,000 Peluang Pekerjaan
  • 3 Headphone ANC Bawah RM200
©2026 WISER.MY