Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Tabung Haji_1

Tabung Haji Kesan Aktiviti Siber Mencurigakan, Gantung Sementara Perkhidmatan

Diterbitkan Oktober 8, 2026 · Dikemas kini Oktober 8, 2026 oleh Amalina Athman

Lembaga Tabung Haji (TH) memaklumkan bahawa pihaknya telah mengesan aktiviti siber yang mencurigakan pada 7 Oktober 2026 dan sedang mengambil tindakan bagi menangani keadaan tersebut.

Sebagai langkah pencegahan, TH kini menjalankan pemantauan menyeluruh terhadap semua sistemnya, termasuk menggantung sementara perkhidmatan kepada pendeposit. Menurut TH, tindakan ini diambil bagi melindungi kepentingan pendeposit serta memastikan keselamatan sistem TH terus terpelihara.

Tabung Haji Kesan Aktiviti Siber Mencurigakan, Gantung Sementara Perkhidmatan
Foto: Tabung Haji

Sepanjang proses tersebut, TH turut bekerjasama rapat dengan agensi berkaitan termasuk Agensi Keselamatan Siber Negara (NACSA) dan CyberSecurity Malaysia bagi menangani perkara berkenaan.

Dalam pada itu, TH menegaskan simpanan dan data peribadi pendeposit kekal selamat serta terpelihara.

TH AMBIL LANGKAH PENCEGAHAN, LAKSANA PENGGANTUNGAN SEMENTARA SISTEM BAGI MELINDUNGI PENDEPOSIT

Lembaga Tabung Haji (TH) telah mengesan aktiviti siber yang mencurigakan pada 7 Oktober 2026 dan telah mengambil tindakan bagi menangani keadaan tersebut.

Sebagai langkah pencegahan… pic.twitter.com/sbWOe4OxqQ

— Tabung Haji (@Tabung_Haji) October 8, 2026

Perkembangan terkini, termasuk status pemulihan perkhidmatan, akan dimaklumkan melalui saluran rasmi TH dari semasa ke semasa. Bagi sebarang pertanyaan, pendeposit boleh menghubungi Pusat Perhubungan TH (THCC) di talian 03-6207 1919.

Berkaitan

  • Direka untuk Esports, iQOO 15R Janjikan Pengalaman Gaming Mengujakan
  • JAKIM Touch Baharu Dilancar Dengan Ciri Smart Al-Quran Dan AI Chatbot

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY