Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Sistem NIISe Dilaksana Secara Berperingkat Bermula 31 Mac 2026

Posted on Mac 30, 2026Mac 30, 2026

Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan melaksanakan Sistem Imigresen Bersepadu Nasional (NIISe) secara berperingkat di semua pintu masuk udara, darat dan laut negara, bermula 31 Mac 2026.

Pelaksanaan ini akan dimulakan secara rintis di lokasi terpilih, iaitu Lapangan Terbang Antarabangsa Senai pada 31 Mac 2026, diikuti Kompleks ICQS Bukit Bunga (31 Mei 2026) dan Terminal Feri Antarabangsa Puteri Harbour (30 Jun 2026).

Menurut KDN, pendekatan berperingkat ini dilaksanakan susulan kejayaan fasa percubaan (trial run) NIISe yang berlangsung dari September 2025 hingga 2026, sekali gus mengesahkan kesediaan sistem untuk diperluaskan ke seluruh negara.

Sepanjang tempoh percubaan, beberapa inisiatif telah diperkenalkan termasuk pelancaran aplikasi MyNIISe, pemasangan kemudahan eGate di lapangan terbang antarabangsa utama serta penggunaan kod QR di pintu masuk utama negara dan sebagainya.

Pelaksanaan NIISe juga merupakan sebahagian daripada usaha kerajaan untuk memperkukuh keselamatan negara serta meningkatkan kecekapan penyampaian perkhidmatan imigresen melalui pendigitalan yang menyeluruh.

Sehingga 17 Mac 2026, aplikasi MyNIISe telah mencatat sebanyak 1,780,425 muat turun dengan 897,673 pengguna berdaftar, terdiri daripada 616,730 warganegara Malaysia dan 246,946 warganegara Singapura.

Orang ramai disarankan memuat turun aplikasi MyNIISe lebih awal bagi memastikan kelancaran urusan imigresen apabila pelaksanaan penuh dimulakan secara berperingkat.

{suggest}

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2026 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress