Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Tiada Pertindihan Aplikasi, Jabatan Imigresen Perjelas Peranan MyNIISe, MyBorderPass Dan MyDigital ID

Tiada Pertindihan Aplikasi, Jabatan Imigresen Perjelas Peranan MyNIISe, MyBorderPass Dan MyDigital ID

Diterbitkan Januari 26, 2026 · Dikemas kini Januari 27, 2026 oleh Amalina Athman

Mengambil maklum kekeliruan orang awam, Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) tampil memberikan penjelasan mengenai penggunaan beberapa aplikasi bagi tujuan pelepasan imigresen melalui kemudahan pintu automatik (autogate) Kod QR.

Menurut JIM, aplikasi MyNIISe dibangunkan sebagai platform tunggal (one single platform) untuk menyatukan urusan dan perkhidmatan imigresen Malaysia di bawah satu aplikasi digital bersepadu.

Pembangunan MyNIISe merupakan sebahagian daripada inisiatif transformasi JIM melalui National Integrated Immigration System (NIISe) yang akan menggantikan sistem sedia ada secara berperingkat.

Tiada Pertindihan Aplikasi, Jabatan Imigresen Perjelas Peranan MyNIISe, MyBorderPass Dan MyDigital ID
Foto: Jabatan Imigresen Malaysia

Sementara itu, MyBorderPass pula adalah sistem yang telah mula digunakan sejak 2024 sebagai langkah sementara melalui ujian konsep (POC) bagi menangani isu kesesakan kritikal di pintu masuk utama negara melalui penggunaan autogate Kod QR terpilih. Pelaksanaan ini bersifat taktikal bagi memastikan operasi sempadan terus berjalan lancar sementara pembangunan dan integrasi penuh MyNIISe dimuktamadkan.

Bagi MyDigital ID, ia merupakan platform identiti digital kebangsaan yang berfungsi sebagai mekanisme pengesahan identiti digital (single sign-on). Platform ini digunakan untuk memastikan akses yang lebih selamat ke perkhidmatan kerajaan, termasuk MyNIISe.

MyDigital ID bukan aplikasi imigresen, sebaliknya berperanan sebagai lapisan keselamatan bagi mengesahkan identiti pengguna dalam ekosistem perkhidmatan digital kerajaan.

Lanjutan itu, JIM menegaskan bahawa tiada pertindihan aplikasi. Pelaksanaan beberapa sistem ketika ini adalah sebahagian daripada fasa peralihan yang bersifat sementara, bagi membolehkan pembangunan MyNIISe dilaksanakan sepenuhnya tanpa menjejaskan kelancaran operasi pintu masuk, tahap keselamatan sempadan dan kualiti penyampaian perkhidmatan kepada pengguna.

Pada masa sama, jabatan itu akan meneruskan agenda pembaharuan dan penambahbaikan perkhidmatan imigresen berteraskan kecerdasan buatan (AI) dan pendigitalan.

Berkaitan

  • Pengembara Warganegara Malaysia Perlu Muat Turun Aplikasi MyBorderPass
  • Percubaan Sistem Imigresen NIISe Mulai 22 September - Bakal Gantikan Sistem Kod QR
  • PC AIO Yang Buat Meja Kerja Nampak Lebih Kemas
  • MyDigital ID Jadi Log Masuk Tunggal Aplikasi MyNIISE - Berkuat Kuasa 15 Januari 2026
  • Pengguna MyNIISe Perlu Daftar MyDigital ID Selewat-Lewatnya 15 Januari

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY