Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Sistem Imigresen Dengan Teknologi AI Dijangka Siap Pada 2028

Sistem Imigresen Dengan Teknologi AI Dijangka Siap Pada 2028

Diterbitkan November 25, 2024 · Dikemas kini November 25, 2024 oleh Amalina Athman

Sistem Imigresen Bersepadu Nasional (NIISe) yang dilengkapi teknologi kecerdasan buatan (AI) dijangka siap sepenuhnya pada 2028.

Ketua Pengarah Imigresen Datuk Zakaria Shaaban berkata fasa pertama sistem berkenaan dijangka siap pada 2026, sekali gus memberikan nafas baharu kepada peningkatan kecekapan perkhidmatan Imigresen secara keseluruhannya.

Sistem NIISe ini kita akan rangkumkan semua perkhidmatan Imigresen di bawah satu sistem dan melalui penggunaan AI, ia akan lebih memberi kecekapan dalam perkhidmatan Imigresen.

Menurutnya, sistem berkenaan akan diintegrasikan dengan data daripada agensi seperti Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) atau Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Terdahulu, Zakaria berkata kira-kira 90% perkhidmatan Jabatan Imigresen kini dilaksanakan secara dalam talian dan digital, antaranya termasuk pelaksanaan permohonan Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS), pembaharuan pasport dan permohonan visa.

Selain itu, langkah pembaharuan di pintu masuk negara, kita ke arah penggunaan autogate, sekarang kita dah buka untuk penggunaan pelawat dari 63 negara. Yang terbaharu, (pemeriksaan Imigresen) menggunakan kod QR MyTRIP yang dalam peringkat proof of concept di pintu masuk bagi mengelak kesesakan.

Dalam pada itu, beliau berkata Malaysia telah menerima lebih 30 juta pelawat asing setakat Oktober 2024. Pihaknya juga menjangkakan jumlah itu boleh mencecah 33 juta pada penghujung tahun ini.

Berkaitan

  • Jabatan Imigresen Malaysia Laksana Ambil Nombor Giliran Melalui Aplikasi Telefon Pintar, Ini Caranya
  • Mudahkan Proses Pemeriksaan Imigresen, MyTRIP Kini Tersedia Di Aplikasi MySejahtera
  • Pegawai Imigresen Di KLIA Dicadang Tidak Guna Telefon Bimbit Ketika Bertugas
  • Tak Perlu Risau Cas Berkali-Kali: Bateri Telefon Baharu Ini Tahan Lama Dan Selamat

Sumber: BERNAMA

Gambar utama: Jabatan Imigresen Malaysia

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Pasport Malaysia 10 Tahun Kini Boleh Diperbaharui Melalui MyOnline Passport
  • Sarawak Energy Lancar 'Seri Batang Ai' - Bot Elektrik Pertamanya Dengan Panel Solar
  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
©2026 WISER.MY