Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Mudahkan Proses Pemeriksaan Imigresen, MyTRIP Kini Tersedia Di Aplikasi MySejahtera

Posted on Mei 28, 2024Mei 28, 2024

Seperti dimaklumkan sebelum ini, sistem kaedah kod QR akan diguna pakai bagi pelepasan Imigresen di Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) Bangunan Sultan Iskandar (BSI) dan Kompleks Sultan Abu Bakar (KSAB) bermula 1 Jun 2024.

Buat permulaan, Proof of Concept (POC) pelaksanaan kod QR melalui MyTRIP hanya terbuka kepada warganegara Malaysia bagi mod perjalanan bas dan motosikal sahaja.

{suggest}

MyTRIP atau Malaysian Travel Identification Pass merupakan proses untuk memudahkan pemeriksaan imigresen dengan menunjukkan kod QR yang tersedia di aplikasi MySejahtera.

Namun begitu, penggunaan kod QR tidak diwajibkan ketika ini – pengembara boleh memilih sama ada menggunakan kod QR MyTRIP, pemeriksaan kaunter secara manual atau melalui autogate.

Selain itu, pasport juga wajib dibawa sebagai dokumen perjalanan utama.

Dari segi penggunaannya, kod QR MyTRIP boleh dijana pada bila-bila masa sebelum melalui pemeriksaan imigresen dan memerlukan capaian internet untuk menggunakannya.

Difahamkan, aplikasi MySejahtera digunakan untuk akses MyTRIP kerana pangkalan pengguna yang luas serta kerjasama terdahulu dengan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) dalam perjalanan merentas sempadan semasa COVID-19.

Bergerak ke hadapan, peluasan kod QR MyTRIP kepada bukan warganegara dan pemegang pas jangka panjang serta mod perjalanan lain seperti kereta akan dilakukan secara berperingkat di fasa seterusnya.

Untuk maklumat lanjut mengenai MyTRIP, layari aplikasi MySejahtera.

Rujukan: FAQ MyTRIP MySejahtera

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2025 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress