Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
telefon turn off

Pegawai Imigresen Di KLIA Dicadang Tidak Guna Telefon Bimbit Ketika Bertugas

Diterbitkan September 19, 2024 ยท Dikemas kini September 19, 2024 oleh ariff bukhari

Sebagai usaha untuk menambahbaik perkhidmatan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM), pegawai imigresen di kaunter Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1 dan Terminal 2 tidak dibenarkan menggunakan telefon bimbit ketika bertugas.

Ia adalah antara cadangan penambaikan bagi mengelakkan pegawai terbabit daripada mudah dihubungi pihak ejen dan sindiket bagi memastikan sindiket ‘counter setting‘ yang membawa masuk warga asing melalui ‘laluan kaunter khas’ tidak berulang, kata Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Azam Baki.

Menurut Pesuruhjaya SPRM itu, sindiket ‘counter setting‘ berlaku berpunca daripada kelemahan dalam aspek kawalan dalaman ketika bertugas yang menyebabkan pegawai imigresen mudah didekati ejen dan sindiket serta putaran tempat kerja yang tidak sistematik.

Pegawai bertugas juga katanya terlalu selesa dan lama bertugas di lokasi yang sama.

SPRM turut mencadangkan jadual penetapan pegawai di kaunter dibuat ketika pegawai masuk bertugas dan sudah berada di zon kaunter selain perlu dibuat oleh pihak lain.

Beliau menambah, tiada pemantauan dan tapisan pihak ketiga membabitkan semakan dokumen termasuk tiket pulang dan penginapan sepanjang tempoh di Malaysia serta habuan rasuah yang lumayan juga menyebabkan pegawai bertugas terlibat dalam sindiket itu.

Berkaitan

  • Perbandingan Gambar: Model Ini Ternyata Lebih Berbaloi
  • Lebih Jimat Lagi Berbaloi, Beli 1 PC Ni Je Boleh Diguna 4 Orang Serentak
  • Ramai Tak Tahu Aplikasi Suntingan Video Di Windows Ini, Ada AI Dan Percuma Je
  • Beli PC Ini: Waranti 3 Tahun, RAM 32GB, GPU 8GB...Semuanya Bawah RM3699
  • Cara Nak Jimat Beli Barang Elektronik Di Shopee
  • Ramai Tak Tahu Tawaran Eksklusif iPhone 16 di iTworld, Jangan Terlepas
  • Dapat iPhone 16 Kedua Dengan Hanya RM1, Ini Caranya

Sumber: BERNAMA

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Maklumat Pelanggan Mungkin Terjejas Susulan Insiden Siber Amadeus - Malaysia Airlines
  • Pasport Malaysia 10 Tahun Kini Boleh Diperbaharui Melalui MyOnline Passport
  • Sarawak Energy Lancar 'Seri Batang Ai' - Bot Elektrik Pertamanya Dengan Panel Solar
  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
©2026 WISER.MY