Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Siri Z Fold / Z Flip 4 Dikhabarkan Akan Mempunyai Peningkatan Storan

Siri Z Fold / Z Flip 4 Dikhabarkan Akan Mempunyai Peningkatan Storan

Diterbitkan Jun 23, 2022 oleh Firdaus

Siri telefon boleh lipat daripada Samsung seperti Z Fold dan Z Flip dikhabarkan bakal menerima naik taraf yang menarik dalam peranti generasi seterusnya. Setakat generasi ke 3 untuk dua-dua siri, ia menerima maklum balas yang sangat positif daripada pengguna dan komuniti dunia.

Berdasarkan maklumat dalam laman sesawang daripada Korea – Handphone, kedua-dua siri peranti boleh lipat daripada Samsung itu akan dipadankan storan yang lebih besar dan berkuasa daripada pendahulunya.

Siri Z Fold / Z Flip 4 Dikhabarkan Akan Mempunyai Peningkatan Storan

Samsung Galaxy Z Flip 4 mungkin mempunyai storan bersaiz 512 GB, manakala Samsung Galaxy Z Fold 4 pula akan disokong dengan storan yang lebih besar pada 1 TB.

Galaxy Z Flip 4 design leaks real-life photos - 9to5Google
Ura-ura akan rekaan dan bentuk Samsung Galaxy Z Flip 4 (Kredit: 91 Mobiles)

Buat pengetahuan anda, laman sesawang tersebut ditadbir oleh Korea Assosiation for ITC Promotion yang bertanggungjawab dalam menguruskan maklumat berkenaan peranti yang hilang dan juga peranti yang bakal masuk ke pasaran Korea.

Selain itu, kedua-dua peranti Galaxy Z Fold 4 dan Galaxy Z Flip 4 juga dikhabarkan akan membuat kemunculan dalam acara Galazxy Unpacked pada 10 Ogos nanti. Di samping itu, mereka yang tidak memilih untuk membeli Galaxy S22 Ultra mungkin sedang menunggu kehadiran generasi seterusnya dalam siri telefon boleh lipat Samsung ini.

Sumber: wccftech

Gambar utama: 91mobile

Baca juga:

  • Nothing phone (1), Pesaing iPhone Yang Berupa iPhone
  • Xiaomi Pad 6 Dapat Pensijilan Dari China, Sokong 5G
  • MediaTek Dimensity 9000+ Diumum, Pesaing Snapdragon 8+ Gen 1

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Malaysia Sertai Sesi Sulung Digital Majlis Di MWC 2026, Doha
  • KKM Tegaskan Tidak Terjejas Dengan Insiden Siber 12 November
  • Kerajaan Bakal Uji Sistem Pintar Tanpa Kamera Untuk Pantau Warga Emas Tinggal Sendirian
  • Xiaomi Terajui Pasaran Telefon Pintar Malaysia Pada Suku Ketiga 2026
  • Leapmotor B10 Kinetix Edition Hadir Dengan Bodykit Eksklusif, Jumlah Terhad
  • Kerajaan Perketat Pemantauan Bekalan Elektrik, Air Untuk Pembangunan Pusat Data
  • Tesla Mula Jual Cybercab Kepada Pelanggan Terpilih
  • Jensen Huang Dilapor Pertimbang Untuk Kembali Sebagai CEO NVIDIA
©2026 WISER.MY