Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Xiaomi Pad 6 Dapat Pensijilan Dari China, Sokong 5G

Posted on Jun 23, 2022

Xiaomi Pad 6 secara tidak rasmi akan menjadi penyambung legasi Xiaomi Pad dengan model sebelumnya mendapat maklum balas baik daripada pengguna seluruh dunia.

Kami juga pernah menulis ulasan berkenaan Xiaomi Pad 5 yang boleh dibaca di sini.

Melalui laporan, siri Xiaomi Pad 6 akan hadir dengan 4 model merangkumi kelas permulaan hingga andalan.

Setakat ini, ia sudah didapati terdapat dalam rekod pengiktirafan EEC, mengesahkan kewujudan tablet ini.

Laporan terbaru pula mengatakan sebuah model daripadanya sudah mendapat pengiktirafan daripada badan di China walaupun tidak dapat dipastikan model mana secara spesifik.

Xiaomi Pad 6 series
Sumber: Gizchina

Untuk model permulaan, ia didakwa akan menggunakan Snapdragon 870 dengan paparan 2K 120Hz.

Model pertengahan dijangka bernadikan Dimensity 8100.

Untuk model andalan pula, ia dijana Snapdragon 888 dengan skrin OLED bersaiz lebih besar, juga dengan 2K 120Hz.
Menariknya, salah satu model Xiaomi Pad 6 ini dikatakan akan menyokong 5G dan mungkin ia versi Pro.
Sumber: Gizchina

Baca juga:

  • Xiaomi Pad 6 Mungkin Hadir Dengan 3 Model Termasuk Kelas Permulaan
  • Pendapat Jujur Tentang Xiaomi Pad 5 Daripada Pengguna Tegar Apple
  • China Dilapor Mahu Jadikan Angkasa Lepas Sebagai Ladang Solar Bumi Baharu

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2025 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress