Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Xiaomi 13 Malaysia_1

Siri Xiaomi 13 Bakal Tiba Di Malaysia Pada Minggu Depan

Diterbitkan Februari 21, 2023 · Dikemas kini Februari 21, 2023 oleh Amalina Athman

Pada awal bulan ini, Xiaomi mengumumkan pelancaran global siri Xiaomi 13 pada 26 Februari 2023. Terkini, siri peranti andalan itu disahkan bakal dilancarkan untuk pasaran Malaysia pada 27 Februari 2023.

Berkaitan

  • Siri Xiaomi 13 Dilancarkan - Cip Snapdragon 8 Gen 2 Dengan Kamera Leica
  • Xiaomi 13 Pro Dilihat Kalahkan iPhone 14 Pro Dalam 'Gaming Test'
  • Kadar Kecerahan Skrin Xiaomi 13 Pecah Rekod Telefon Pintar Android

Menyentuh sedikit mengenai spesifikasinya, siri Xiaomi 13 hadir dengan dua varian iaitu Xiaomi 13 dan Xiaomi 13 Pro. Kedua-duanya didatangkan dengan cip pemproses Snapdragon 8 Gen 2 bersama konfigurasi sehingga 12GB RAM dan 512GB storan dalaman.

Xiaomi 13 Malaysia

Bagaimanapun, terdapat sedikit perbezaan dari segi rekaan dan beberapa spesifikasi lain. Antaranya termasuk kapasiti bateri serta sokongan pengecasan pantas.

Tidak perlu mengulas lanjut, nantikan 27 Februari 2023, jam 2.00 petang bagi mengetahui maklumat terperinci mengenai siri Xiaomi 13, termasuk harga serta tarikh jualan untuk pasaran Malaysia kelak.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY