Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Xiaomi 13_d

Siri Xiaomi 13 Dilancarkan – Cip Snapdragon 8 Gen 2 Dengan Kamera Leica

Diterbitkan Disember 11, 2022 · Dikemas kini Disember 11, 2022 oleh Amalina Athman

Dalam acara yang berlangsung di China sebentar tadi, Xiaomi telah memperkenalkan beberapa produk terbaharu yang mana antaranya termasuk siri Xiaomi 13, MIUI 14 dan sebagainya.

Bagi siri Xiaomi 13, ia hadir dengan dua varian iaitu Xiaomi 13 dan Xiaomi 13 Pro.

Berkaitan

  • Snapdragon 8 Gen 2 Diperkenalkan - Lebih Pantas Dan Efisien, Wi-Fi 7, Spatial Audio
  • Telefon Pintar Dikuasakan Snapdragon 8 Gen 2 Bakal Tersedia Menyokong Teknologi Bluetooth Tercanggih

Xiaomi 13 Pro

Xiaomi 13 Pro

Xiaomi 13 Pro tampil dengan skrin paparan OLED berukuran 6.73-inci, teknologi LTPO yang juga menyokong kadar segar semula adaptif 120Hz bersama resolusi QHD+ dengan bucu melengkung. Ia juga mempunyai perlindungan Corning Gorilla Glass Victus.

Seperti yang didedahkan sebelum ini, Xiaomi 13 Pro hadir dengan janaan cip pemproses Snapdragon 8 Gen 2 yang berasaskan teknologi 4nm. Ia digandingkan dengan memori RAM sehinga 12GB LPDDR5X dan storan dalaman sehingga 512GB berasaskan UFS 4.0.

Xiaomi 13 Pro_c

Beralih ke bahagian kamera, ia dilengkapi tetapan tiga lensa yang terdiri daripada 50MP utama dengan sensor 1-inci Sony IMX989, elemen lensa 8P dan HyperOIS. Dua lagi kamera adalah 50MP ultra-lebar dan 50MP lensa telefoto Leica dengan 75mm, 3.2X zum optikal. Di bahagian hadapan menempatkan kamera swafoto 16MP.

Tahap maksimum kecerahan pula boleh mencapai sehingga 1900nit dengan penggunaan kuasa yang boleh dikurangkan sehingga 22% . Paparan peranti turut menyokong HDR 10, HDR 10+, Dolby Vision dan HLG.

Kapasiti bateri yang dimuatkan pada Xiaomi 13 Pro adalah 4,820mAh bersama sokongan pengecasan 120W yang mampu membuat pengisian penuh dalam tempoh 19 minit.

Xiaomi 13 Pro_b

Antara lainnya adalah sokongan pembesar suara stereo dengan Dolby Atmos, IP68, integrasi imbasan cap jari, MIUI 14 berasaskan Android 13 dan sebagainya. Terdapat empat pilihan warna yang ditawarkan iaitu White, Black, Green dan Light Blue.

Xiaomi 13

Xiaomi 13_a

Sama seperti Xiaomi 13 Pro, peranti ini turut hadir dengan cip pemproses Snapdragon 8 Gen 2. Lain-lain spesifikasi sama sahaja seperti Xiaomi 13 Pro, namun terdapat beberapa perbezaan spesifikasi seperti berikut.

Peranti ini dilengkapi skrin rata OLED berukuran 6.36-inci dengan resolusi FHD+, bezel 1.61mm dan nisbah skrin 93.3% serta sokongan kadar segar semula 120Hz.

Siri Xiaomi 13 Dilancarkan – Cip Snapdragon 8 Gen 2 Dengan Kamera Leica

Terdapat tiga lensa yang ditempatkan di bahagian belakang yang terdiri daripada 50MP utama dengan sensor 1/1.49-inci Sony IMX800 elemen 7-P, 10MP telefoto Leica 75mm (f/2.0) dengan 3.2x zum optikal, dan sudut ultra-lebar 12MP (f/2.2). Sama seperti Xiaomi 13 Pro, bahagian hadapan dimuatkan dengan kamera swafoto 16MP.

Untuk bateri, Xiaomi 13 diisi dengan kapasiti 4,500mAh bersama sokongan pengecasan 67W.

Xiaomi 13_b

Terdapat empat pilihan warna yang ditawarkan iaitu White, Black, Light Blue dan Green. Ia turut hadir dengan lima warna edisi terhad bagi varian 12GB+512GB sempena warna kereta sport, termasuk Flame Red, Sapphire Blue, Hurricane Yellow, Jungle Green dan Cement Gray.

Siri Xiaomi 13 Dilancarkan – Cip Snapdragon 8 Gen 2 Dengan Kamera Leica

Harga

Harga jualan Xiaomi 13 dan Xiaomi 13 Pro adalah seperti berikut:

Xiaomi 13

  • 8GB + 128GB – 3,999 yuan (~RM2,531)
  • 8GB + 256GB – 4,299 yuan (~RM2,720)
  • 12GB + 256GB – 4,599 yuan (~RM2,910)
  • 12GB + 512GB – 4,999 yuan (~RM3,163)

Xiaomi 13 Pro

  • 8GB + 128GB – 4,999 yuan (~RM3,163)
  • 8GB + 256GB – 5,399 yuan (~RM3,417)
  • 12GB + 256GB – 5,799 yuan (~RM3,670)
  • 12GB + 512GB – 6,299 yuan (~RM3,986)

Buat masa ini, ia hanya ditawarkan untuk pasaran China dan belum diketahui bila siri Xiaomi 13 akan dilancarkan untuk pasaran global

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY