Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
xiaomi 13_f

Kadar Kecerahan Skrin Xiaomi 13 Pecah Rekod Telefon Pintar Android

Diterbitkan Januari 19, 2023 · Dikemas kini Januari 19, 2023 oleh ariff bukhari

Menerusi laman sosial Weibo, CEO Xiaomi, Lei Jun sekali lagi memfokuskan keupayaan model telefon pintar terbaru mereka iaitu  Xiaomi 13.

Kali ini beliau mendakwa, kadar kecerahan puncak skrin Xiaomi 13 mencecah sehingga 1900 nits.

Ia sekaligus adalah kadar kecerahan tertinggi yang pernah dicapai oleh mana-mana skrin telefon pintar Android flagship.

skrin Xiaomi 13

Kredit: Weibo

Sekadar perbandingan, kadar kecerahan puncak yang mampu dicapai oleh telefon pintar Apple iPhone adalah setinggi 2,000 nits.

Sementara bagi skrin model telefon pintar Android Samsung Galaxy S22 Ultra pula, ia mampu mencapai kecerahan puncak setinggi 1750 nits.

Siri Xiaomi 13 telah pun dilancarkan pada Disember 2022 lalu menerusi 2 model iaitu Xiaomi 13 dan Xiaomi 13 Pro untuk pasaran China.

Siri Xiaomi 13 dikuasakan oleh cip pemprosesan Snapdragon 8 Gen 2 yang dijangka bakal dibawa masuk ke pasaran Malaysia pada tahun ini tidak lama lagi.

Berkaitan

  • Ini Kamera Yang Digunakan Setiap iPhone, Daripada 2G Hingga 14 Pro Max
  • CEO Xiaomi Kongsikan Pengalaman Epik Pengguna iPhone 12 Beralih Kepada Xiaomi 13
  • Samsung Pegang Pasaran Telefon Pintar Pada Tahun 2022

Sumber: GizChina

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY