Xiaomi 13 Pro Dilihat Kalahkan iPhone 14 Pro Dalam 'Gaming Test'

Xiaomi 13 Pro bakal dilancarkan tidak lama lagi tetapi telah menunjukkan prestasi besar yang berjaya mengalahkan cip A16 Bionic dari iPhone 14 Pro Max.

Berdasarkan pengujian daripada Golden Reviewer dalam pelbagai peranti ketika mengendalikan permainan mudah alih Genshin Impact, Xiaomi 13 Pro menjadi yang teratas dan mengalahkan pesaing-pesaing yang lain.



Dari segi prestasi, Xiaomi 13 Pro catatkan purata kadar segar semula 59.4, yang terpantas sekali antara semua. Walaupun suhu maksimumnya 39.3°C bukanlah yang paling rendah, tetapi Xiaomi 13 Pro jauh lebih sejuk berbanding iPhone 14 Pro Max.

Walau bagaimanapun, ini adalah pengujian melalui satu jenis game sahaja, dan berkemungkinan besar data yang berbeza akan dapat kita lihat daripada game yang lain.

{suggest}

Xiaomi 13 Pro adalah model paling berkuasa bagi siri Xiaomi 13 dan berkemungkinan besar ia akan dilancarkan untuk pasaran global dalam masa terdekat.

Sumber: notebookcheck

Gambar utama: Mundo Xiaomi