Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
xiaomi 13 poster pelancaran

Xiaomi 13 Diperkenal Untuk Pasaran Global Pada 26 Februari Ini

Diterbitkan Februari 8, 2023 oleh Aminuddin Ahmad

Xiaomi 13 telah dilancarkan pada Disember lalu untuk pasaran China. Terkini, ia disahkan akan dilancarkan pula untuk pasaran global pada jam 11 malam, 26 Februari 2023 waktu Malaysia.

Bukan saja telefon, malah beberapa produk AIoT juga turut sama akan diperkenal dalam acara sama.

xiaomi 13 poster pelancaran

Dengan itu, kita dapat menjangka Xiaomi Malaysia akan mula menjualnya paling lewat pun awal Mac ini.

Dari segi spesifikasi, selalunya sama saja dengan apa yang ditawarkan di China.

Kedua-dua model Xiaomi 13 Pro dan Xiaomi 13 sama-sama dilengkapi Snapdragon 8 Gen 2.

siri Xiaomi 13

Versi Pro hadir dengan RAM sehinga 12GB LPDDR5X dan storan dalaman sehingga 512GB berasaskan UFS 4.0.

Tetapan kamera di belakangnya pula terdiri daripada sensor 50MP 1-inci Sony IMX989, 50MP ultra-lebar dan 50MP lensa telefoto Leica.

Berkaitan

  • Siri Xiaomi 13 Dilancarkan - Cip Snapdragon 8 Gen 2 Dengan Kamera Leica
  • Lei Jun Sahkan Siri Xiaomi 13 Akan Hadir Untuk Pasaran Global Tidak Lama Lagi
  • Xiaomi 13 Pro Dilihat Kalahkan iPhone 14 Pro Dalam 'Gaming Test'
  • CEO Xiaomi Kongsikan Pengalaman Epik Pengguna iPhone 12 Beralih Kepada Xiaomi 13
  • Kadar Kecerahan Skrin Xiaomi 13 Pecah Rekod Telefon Pintar Android
  • Rasmi, Ini Tentang Samsung Galaxy S23, S23+, S23 Ultra Yang Anda Harus Tahu
  • vivo X90 Dan X90 Pro Tiba Di Malaysia - Sensor 1 Inci, Kamera ZEISS, 120W
  • OnePlus 11 - Snapdragon 8 Gen Dengan Hasselblad Gen 3, Tiba Di Malaysia 14 Februari

Model biasa pula berkongsi spesifikasi sama namun dengan beberapa perbezaan seperti konfigurasi kamera — 50MP utama, 10MP lensa telefoto Leica dan kamera ultralebar 12MP.

xiaomi 13

OnePlus Malaysia akan melancarkan OnePlus 11 untuk pasaran tempatan pada 14 Februari ini. Samsung pula dengan siri Galaxy S23 manakala vivo sudah mempertaruh siri X90 Pro.

Apakah Xiaomi 13 ini mampu memikat hati pengguna kelak dengan sensor 1 inci?

Sumber: Siaran Akhbar Xiaomi

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • SoftBank Rancang Pelaburan AS$50 Bilion Dalam Teknologi Di Malaysia - PM Anwar
  • Selepas Didenda €200 Juta, Temu Janji Perketat Kawalan Penjualan Produk Tidak Sah
  • iPad mini Baharu Rasmi Dengan Skrin OLED, Cip A20 Pro, Harga Bermula RM2,999
  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
©2026 WISER.MY