Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
vivo X300

Siri vivo X300 Tiba Di Malaysia Bersama OriginOS 6, Harga Bermula RM3,599

Diterbitkan November 13, 2025 · Dikemas kini November 13, 2025 oleh ariff bukhari

Selepas dilancarkan di China Oktober lalu, vivo akhirnya melancarkan telefon pintar andalan terbaru mereka, Siri X300 di Malaysia.

Istimewanya Siri X300 ini adalah vivo meraikan ulang tahun ke-30 dengan pelancaran dua telefon pintar flagship terbaharu ini.

Kedua-dua model ini hadir dengan cip Dimensity 9500, menjadikannya telefon pertama di dunia menggunakan cip ini, serta sistem kamera gred profesional hasil kerjasama dengan Zeiss.

vivo X300

Untuk model vivo X300, ia tampil dengan skrin 6.31″ LTPO OLED 120Hz, kamera utama 200MP, kamera telefoto periskop 50MP, dan kamera ultra-lebar 50MP.

Ia turut menyokong rakaman video sehingga 4K/120fps dan bateri 6,040mAh dengan pengecasan pantas 90W serta pengecasan tanpa wayar 40W.

X300 Pro pula menawarkan skrin lebih besar dengan skrinnya 6.78″, tambahan cip imej vivo VS1, dan kamera periskop 200MP.

Ia juga dilengkapi bateri 6,510mAh dan sokongan WiFi 6 serta Bluetooth 6.0.

Kedua-dua model ini turut menyokong aksesori ZEISS APO 200MP Super Telephoto yang membolehkan zum optikal sehingga 1,600mm.

vivo x300 pro
vivo memperkenalkan sistem kamera ZEISS APO 200MP Super Telephoto.

Selain perkakasan berkuasa, lebih menggembirakan adalah pengguna di Malaysia akhirnya turut dapat merasai sendiri pengalaman sistem operasi baharu vivo iaitu originOS 6 yang dilancarkan bersama Siri X300 ini.

photo_2025-11-13 17.08.46
photo_2025-11-13 17.08.45

OriginOS 6 dengan Origin Smooth Engine, bertindak menyelaras modul teras seperti storan, paparan dan pemprosesan untuk pengalaman yang lebih responsif.

Malah untuk model vivo X300 Pro dengan OriginOS 6, menerima pensijilan SGS bagi kelancaran  penggunaan selama lima tahun.

vivo X300 Pro
Siri vivo X300 dengan OriginOS 6.

Siri vivo X300 berharga dari RM3,899 (16GB RAM+512GB storan) dan untuk model X300 Pro pula berharga dari RM4,699.

Tapi untuk varian lebih rendah vivo X300 (12GB RAM+256GB storan) boleh didapati pada harga RM3,599 sahaja.

photo_2025-11-13 17.08.44
Siri vivo X300 Tiba Di Malaysia Bersama OriginOS 6, Harga Bermula RM3,599

 

Beli barisan produk vivo dari stor rasmi:

  • Shopee – https://invl.me/cln2in1
  • Lazada – https://invl.me/cln2imy

Berkaitan

  • Kami Dah Putus Asa “Dera” vivo V60 Lite 5G Ni
  • Pra-Tempahan Siri vivo X300 Melonjak 13 Kali Ganda Menjelang Pelancaran Rasmi Di Malaysia
  • Kolaborasi Bersama ZEISS, vivo Sasar Jadi Raja Kamera Telefon Pintar

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Sistem, Perkhidmatan Utama Tabung Haji Kembali Beroperasi - 3 Fungsi THiJARI Masih Belum Aktif
  • Time Internet Tawar Peningkatan Kelajuan Percuma Sehingga 31 Oktober 2026
  • Turkiye Sekat Media Sosial Ke Atas Remaja Bawah 15 Tahun November Ini
  • Penduduk Di India Bantah Projek Pusat Data Google, Bimbang Sumber Air Terjejas
  • Paris Dipilih Jadi Tuan Rumah Acara Permainan Video Pertarungan Terbesar Di Dunia
  • NASA Kongsi Lebih 800GB Data Artemis II - Termasuk 11,000 Foto Dan Video
  • Pulau Pinang Sedang Bangunkan Pulau Silikon, Bakal Tawar 220,000 Peluang Pekerjaan
  • 3 Headphone ANC Bawah RM200
©2026 WISER.MY