Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Siri vivo X300 Dilancar, X300 Pro Perkenal Super Telefoto 200MP ZEISS APO

Posted on Oktober 13, 2025Oktober 13, 2025

vivo sebentar tadi secara rasmi melancarkan siri telefon pintar flagship terbaharunya, vivo X300, di Shanghai.

Lebih bermakna lagi, vivo yang kini menyambut ulang tahun ke-30nya menetapkan penanda aras baharu era fotografi mudah alih dengan memperkenalkan sistem kamera ZEISS APO 200MP Super Telephoto menerusi model vivo X300 Pro.

Sistem kamera berkuasa vivo X300 menawarkan keupayaan pengimejan profesional bersama peningkatan menyeluruh dari segi prestasi, sistem dan reka bentuk.

vivo X300 Pro menampilkan sensor LYT-828 yang bangunkan secara bersama oleh vivo dan Sony. Menjadikannya lebih padu, ia menyokong kamera telefoto ZEISS APO 200MP 85mm. Ia adalah sistem profesional dengan kawalan menyeluruh daripada sensor hingga penstabilan hasil kerjasama vivo dan Samsung. Dengan pensijilan ZEISS APO serta penstabil imej CIPA 5.5, kamera ini mampu menghasilkan gambar yang stabil dan jelas walaupun dalam mod telefoto.

Kedua-dua model telefon ini dikuasakan oleh cip Dimensity 9500 di mana ia dibangunkan secara mendalam bersama oleh vivo dan MediaTek,

Kuasa pemprosesan ini ditambahkan lagi dengan integrasi cip pengimejan dalaman vivo V3+ yang memberikan keupayaan rakaman video 4K 120fps berkualiti tinggi.

vivo X300 menampilkan kamera utama ZEISS 200MP.

Selain prestasi pengimejan, siri X300 menawarkan reka bentuk nipis dan elegan dengan teknologi paparan ZEISS Master Color, sokongan IP68 & IP69, pengecasan pantas, serta sistem OriginOS 6.

Dari aspek saiz skrin pula, vivo X300 menampilkan saiz skrin 6.31 inci, manakala X300 Pro dengan saiz skrin 6.78 inci.

Kedua-dua vivo X300 Pro dan vivo X300 juga masing-masing dilengkapi bateri BlueVolt berkapasiti 6510 mAh dan 6040 mAh dengan sokongan pengecasan pantas 90W FlashCharge.

Siri vivo X300 dengan OriginOS 6.

Untuk vivo X300, ia hadir dalam varian RAM12GB + 256GB storan dan RAM 16GB hingga 1TB storan dengan harga jualan bermula 4,399 Yuan (~RM2,900).

Manakala model vivo X300Pro ditawar dalam pilihan varian dari RAM 16GB + 512GB storan dengan harga 5299 Yuan (~RM3,500).

Siri vivo X300 dilancarkan lebih dulu untuk pasaran China dengan pelancaran global akan dibuat pada bulan November akan datang.

{suggest}

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2025 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress