Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
vivo x300 pro

Kolaborasi Bersama ZEISS, vivo Sasar Jadi Raja Kamera Telefon Pintar

Diterbitkan November 7, 2025 · Dikemas kini November 10, 2025 oleh ariff bukhari

Jenama teknologi global vivo semakin agresif dalam memperkukuh kedudukannya sebagai peneraju inovasi kamera mudah alih.

Kesungguhan itu dapat dilihat dengan penghasilan model telefon pintar flagship terbaru mereka yang telah dilancarkan di China, Siri vivo X300.

vivo X300

Bakal dilancarkan tidak lama lagi di pasaran tempatan, vivo tidak menyembunyikan hasrat mereka untuk menjadi pengeluar telefon Android dengan kamera terbaik di dunia.

vivo telah lama dikenali dengan kekuatan dalam fotografi mudah alih, hasil kerjasama strategik mereka bersama jenama optik terkemuka dunia, ZEISS.

Melalui kolaborasi ini, vivo berjaya memperkenalkan teknologi pengimejan profesional ke dalam telefon pintar dengan yang terbaru vivo memperkenalkan sistem kamera ZEISS APO 200MP Super Telephoto menerusi model vivo X300 Pro.

vivo x300 pro
Dengan keupayaan zum optik sehingga 200 kali, vivo X300 Pro bakal menjadi telefon Android yang dilengkapi dengan sistem kamera tercanggih di pasaran.

Malah hasrat mereka bukan sekadar bersaing dari segi teknologi, tetapi juga mengubah cara pengguna berinteraksi dengan peranti menerusi sistem operasi OriginOS 6 yang disahkan bakal ditawarkan untuk pengguna di Malaysia.

Ini akan memberikan pengalaman baharu kepada pengguna merasai sendiri ekosistem vivo yang lancar dan kaya dengan pelbagai ciri pintar, termasuklah sokongan merentas platform tanpa sekatan.

vivo x300 pro
vivo meneruskan komitmen mereka untuk menjadikan fotografi mudah alih setanding dengan kamera profesional.
vivo x300 pro

Dengan pelaburan besar berterusan dalam penyelidikan dan pembangunan (R&D), vivo dilihat akan terus kekal sebagai jenama inovatif, sekali gus sasaran mereka untuk menerajui dunia fotografi peranti mudah alih bakal tercapai.

Penawaran sistem operasi sendiri menerusi model baharu mereka pula dilihat usaha yang bakal menarik pengguna baharu untuk lebih yakin beralih kepada vivo.

Nantikan pelancaran Siri vivo X300 bersama OriginOS 6 di Malaysia pada 13 November ini.

Berkaitan

  • Siri vivo X300 Dilancar, X300 Pro Perkenal Super Telefoto 200MP ZEISS APO
  • Kami Dah Putus Asa “Dera” vivo V60 Lite 5G Ni
  • RedMagic 11 Pro, Telefon Dengan Sistem Penyejukan Cecair Dijual Pada Harga Bermula RM3,399

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY