Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Google Gemini Apps

Siri Samsung Galaxy S25 Mungkin Tawar Akses Gemini Advanced Percuma

Diterbitkan Disember 31, 2024 ยท Dikemas kini Disember 31, 2024 oleh Amsyar Latif

Dalam beberapa minggu sahaja lagi, siri Samsung Galaxy S25 dijangka akan dilancarkan. Seperti sebelum ini, Samsung tidak lagi mengejar perlumbaan spesifikasi dalaman semata-mata. Sebaliknya, fokus terarah kepada kecerdasan buatan (AI).

Apa yang menariknya nanti, siri terbaru itu dikatakan akan menawarkan akses Google Gemini Advanced secara percuma kepada penggunanya.

Perkara ini dilaporkan Android Authority yang menemuinya dalam aplikasi Google versi terbaru, v15.52.37 beta.

Siri Samsung Galaxy S25 Mungkin Tawar Akses Gemini Advanced Percuma

Berdasarkan rentetan kod yang ditemui, akses Gemini Advanced berbeza mengikut peranti. Galaxy S25 versi asas mungkin menerima akses percubaan selama tiga bulan.

Manakala, Galaxy S25+ mungkin enam bulan dan akhir sekali model Galaxy S25 Ultra pula sehingga satu tahun.

Jika benar, ini merupakan nilai tambah yang baik untuk pengguna Samsung kelak memandangkan pelan Google One dengan Gemini Advanced berharga RM97.99/bulan.

Berkaitan

  • Ini Cara vivo Hasilkan Telefon Nipis 7mm Dengan Bateri 5500mAh
  • Bixby Versi Naik Taraf Mungkin Akan Kembali Di Siri Samsung Galaxy S25
  • Samsung Perincikan Ciri 'Now Bar' Dalam One UI 7
  • Rupa Yang Dikatakan Samsung Galaxy S25+ Dikongsi, Tidak Ada Beza Sangat

Sumber: Android Authority

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Pengguna Kini Boleh Jana, Sunting Pelbagai Jenis Fail Secara Terus Dalam Gemini
  • Pengguna Di Malaysia Akan Mula Melihat Iklan Dalam Google AI Mode
  • Teknologi Mikroskop Digital Tanpa Kanta Mata Atasi Masalah Keletihan Dalam Industri Semikonduktor Malaysia
  • Universiti Nasional Singapura Bangunkan Skrin Sentuh Dalam Lengan Baju, Didakwa Pertama Di Dunia
  • Yes Dan Ryt Bank Kini Jadi Rakan Penaja Rasmi FAM
  • Tentera Laut AS Berjaya Uji Kawal Dron MQ-25A Dari Kapal Pengangkut Sejauh 3,380km
  • BYD Perinci Pelaksanaan Flash Charging Di Malaysia, DENZA Z9GT Sokong Cas 5 Minit
  • Sony Perkenal Sensor Imej 1mm Untuk Endoskop Pakai Buang
©2026 WISER.MY