Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Rupa Yang Dikatakan Samsung Galaxy S25+ Dikongsi, Tidak Ada Beza Sangat

Rupa Yang Dikatakan Samsung Galaxy S25+ Dikongsi, Tidak Ada Beza Sangat

Diterbitkan Disember 19, 2024 oleh Amsyar Latif

Imej komputer siri Samsung Galaxy S25 telah pun berlegar-legar di internet sebelum ini. Rekaan tersebut adalah hampir pasti akan digunakan Samsung untuk model andalannnya nanti.

Kini, ‘imej sebenar’ pula dikongsikan tetapi untuk model S25+. Berdasarkan gambar tersebut, dapat dipastikan yang tidak ada perbezaan ketara langsung berbanding model S24+ yang diperkenalkan awal tahun 2024.

Namun, ada satu bahagian yang menjadi topik perbualan hangat pada peranti itu di mana kelihatan butang seakan-akan camera control pada siri iPhone 16.

Rupa Yang Dikatakan Samsung Galaxy S25+ Dikongsi, Tidak Ada Beza Sangat
Rupa Yang Dikatakan Samsung Galaxy S25+ Dikongsi, Tidak Ada Beza Sangat
Rupa Yang Dikatakan Samsung Galaxy S25+ Dikongsi, Tidak Ada Beza Sangat

Walau bagaimanapun, individu yang memuat naik gambar itu mengesahkan bahawa ia bukanlah camera control. Sebaliknya adalah antena mmWave. Ia mirip yang ada pada barisan iPhone di Amerika Syarikat (AS).

Dengan ini, secara tidak langsung boleh dianggap yang Samsung mengikut jejak langkah Apple di mana siri Galaxy S25 kelak tidak hadir dengan SIM fizikal.

Dalam perkembangan lain, Galaxy S25+ juga sebelum ini dikhabarkan akan dilengkapi cip pemprosesan Exynos dan bukannya Snapdragon. Sekiranya benar, pengguna perlu membeli model ultra jika mahukan peranti dengan cip terbaru Qualcomm.

Berkaitan

  • Jimat Kos, Galaxy S25 Tidak Akan Guna Skrin Terkini Mungkin Kerana Beberapa Sebab Ini
  • Nak RM10 Percuma & Peluang Menang RM1 Juta? Ramai Terkejut Betapa Mudahnya MAE Ni!
  • Galaxy S25+ Dikesan Guna Cip Exynos, Bukan Snapdragon 8 Elite
  • Bixby Versi Naik Taraf Mungkin Akan Kembali Di Siri Samsung Galaxy S25

Sumber: Jukanlosreve

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Pengguna Kini Boleh Jana, Sunting Pelbagai Jenis Fail Secara Terus Dalam Gemini
  • Pengguna Di Malaysia Akan Mula Melihat Iklan Dalam Google AI Mode
  • Teknologi Mikroskop Digital Tanpa Kanta Mata Atasi Masalah Keletihan Dalam Industri Semikonduktor Malaysia
  • Universiti Nasional Singapura Bangunkan Skrin Sentuh Dalam Lengan Baju, Didakwa Pertama Di Dunia
  • Yes Dan Ryt Bank Kini Jadi Rakan Penaja Rasmi FAM
  • Tentera Laut AS Berjaya Uji Kawal Dron MQ-25A Dari Kapal Pengangkut Sejauh 3,380km
  • BYD Perinci Pelaksanaan Flash Charging Di Malaysia, DENZA Z9GT Sokong Cas 5 Minit
  • Sony Perkenal Sensor Imej 1mm Untuk Endoskop Pakai Buang
©2026 WISER.MY