Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Samsung Now Bar_

Samsung Perincikan Ciri ‘Now Bar’ Dalam One UI 7

Diterbitkan Disember 18, 2024 · Dikemas kini Disember 18, 2024 oleh Amalina Athman

Samsung awal bulan ini telah pun melancarkan Beta One UI 7 yang berasaskan Android 15. Kini, syarikat itu memperincikan beberapa butiran mengenai ciri baharu dalam One UI 7.

Samsung berkata salah satu elemen utama dalam One UI 7 ialah Now Bar, yang merupakan notifikasi berbentuk pil di bahagian bawah skrin kunci – seakan Dynamic Island. Ciri ini menggunakan data sedia ada dalam peranti untuk memberikan cadangan atau maklumat langsung berdasarkan aktiviti penggunaan.

Sebagai contoh, katakan anda sedang bersiap untuk trip tertentu, Now Bar mungkin akan memberitahu waktu terbaik untuk bertolak ke lapangan terbang. Ia juga boleh mencadangkan pengguna untuk mencipta folder khas yang mengandungi aplikasi penting bagi akses lebih pantas.

Hanya sekali swipe, pengguna juga boleh mengakses ramalan cuaca tanpa perlu cari atau semak pelbagai aplikasi.

Samsung Now Bar_

Selain Now Bar, Samsung turut memperincikan Personal Data Engine, alat keselamatan yang merupakan penambahbaikan kepada Knox serta berupaya memastikan perlindungan data peribadi secara menyeluruh pada peranti dan merentas aplikasi.

Menurut Samsung, data peribadi pengguna masih disimpan dalam ruang selamat dan dilindungi oleh kunci penyulitan yang diuruskan oleh Knox Vault. Sebagai lapisan perlindungan tambahan, ia kini menggunakan kriptografi pasca-kuantum.

Dan sebagai lapisan perlindungan tambahan, kriptografi pasca-kuantum membuktikan keselamatan data anda pada masa hadapan terhadap ancaman pengkomputeran kuantum yang semakin meningkat.

Berkaitan

  • Tak Perlu Risau Cas Berkali-Kali: Bateri Telefon Baharu Ini Tahan Lama Dan Selamat
  • Samsung One UI 7 Beta Kini Tersedia, Ini Yang Baharu
  • Galaxy S25+ Dikesan Guna Cip Exynos, Bukan Snapdragon 8 Elite
  • Bixby Versi Naik Taraf Mungkin Akan Kembali Di Siri Samsung Galaxy S25

Sumber: Samsung Newsroom

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Xbox Nano Controller Rupanya Boleh Sambung Terus Ke Cloud Melalui Wi-Fi
  • TNG eWallet Kini Tawarkan Tempahan E-Hailing Di 47 Negara - Bayaran Dalam Ringgit Malaysia
  • Selepas Hampir 22 Tahun, Satelit Swift NASA Masuk Semula Atmosfera Di Atas Indonesia
  • CelcomDigi Kesan 260 Juta Panggilan Disyaki Scam, Sekat 22 Juta SMS Sebulan
  • Bluetooth Akan Jadi Lebih Pantas, Kadar Pemindahan Data Meningkat Hampir 4 Kali Ganda
  • Antigravity A1 Pertonton Mod Baharu 'Follow Me' Di Merdeka 118
  • Penduduk Gaza Ubah Sisa Runtuhan Jadi Turbin Angin Buatan Sendiri
  • Peraturan Baharu Jualan Tiket Bas Ekspres Dilaksana Berfasa - Pembelian Melalui Platform Sedia Ada Masih Dibenarkan
©2026 WISER.MY