Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Siri POCO M8 Kini Dilancarkan, Harga Bermula RM999

Posted on Januari 8, 2026Januari 8, 2026

POCO kini melancarkan peranti kelas pertengahan, POCO M8 5G dan POCO M8 Pro 5G, untuk pasaran Malaysia.

POCO M8 Pro 5G

POCO M8 Pro 5G dilengkapi skrin 6.83-inci AMOLED 1.5K dengan kadar segar semula sehingga 120Hz dan kecerahan maksimum 3,200 nit.

Peranti ini dikuasakan cip Snapdragon 7s Gen 4 bersama konfigurasi memori sehingga 12GB RAM LPDDR4X dan storan dalaman sehingga 512GB UFS 2.2.

Bahagian kamera dimuatkan 50MP utama, 8MP ultra lebar dan 32MP swafoto. Bagi menghidupkan peranti, POCO M8 Pro diisi dengan bateri berkapasiti 6,500mAh yang menyokong pengecasan pantas 100W berwayar dan sehingga 22.5W pengecasan berbalik (berwayar).

Lain-lain termasuk sokongan NFC, Bluetooth 5.4, Wi-Fi 6, kalis air dan habuk IP66, IP68, IP69 dan IP69K, pembesar suara stereo serta menjalankan sistem operasi Xiaomi HyperOS.

Tiga pilihan warna tersedia iaitu Silver, Black dan Green.

POCO M8 5G

POCO M8 5G hadir dengan skrin 6.77-inci AMOLED yang menyokong kadar segar semula 120Hz dan kecerahan puncak 3,200 nit.

Ia dijana cip pemproses Snapdragon 6 Gen 3 dengan gandingan 8GB RAM LPDDR4X dan storan dalaman sehingga 512GB UFS 2.2.

Beralih ke bahagian kamera, POCO M8 dilengkapi 50MP utama, 2MP depth dan 20MP swafoto. Bateri pula dibekalkan dengan kapasiti 5,520mAh bersama sokongan pengecasan 45W berwayar dan sehingga 18W pengecasan berbalik.

POCO M8 turut didatangkan dengan tiga pilihan warna iaitu Green, Black dan Silver. Lain-lain termasuk sokongan Bluetooth 5.1, NFC, kalis air dan habuk IP66, dwi pembesar suara serta menjalankan Xiaomi HyperOS.

Harga dan ketersediaan

Siri POCO M8 kini tersedia di Malaysia, dengan harga seperti berikut:

  • POCO M8 8+256GB – RM999 (harga promosi RM859)
  • POCO M8 8+512GB – RM1,199 (harga promosi RM959)
  • POCO M8 Pro 8+256GB – RM1,199 (harga promosi RM1,099)
  • POCO M8 Pro 12+512GB – RM1,499 (harga promosi RM1,299)

Dari 8 hingga 18 Januari 2026, pengguna boleh mendapatkan siri POCO M8 pada harga promosi melalui mi.com, TikTok Shop atau di Laman Beli dengan memasukkan nama telefon di ruang carian.

{suggest}

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2026 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress