Bagi mengembangkan ekosistem AIoT mereka, POCO kini melancarkan POCO Pad X1 dan POCO Pad M1 yang direka untuk memberikan prestasi terbaik serta pengalaman serba boleh untuk kerja dan hiburan.

POCO Pad X1
POCO Pad X1 dikuasakan oleh Snapdragon 7+ Gen 3 dengan 8GB RAM dan 512GB storan. Ia mampu memberikan 120 FPS yang stabil walaupun untuk permainan paling berat.
Skrin 11.2 inci dengan paparan 3.2K milik tablet ini hadir dengan paparan visual yang jelas serta 144Hz kadar segar semula untuk membawa kelancaran kepada pengguna.
Baterinya pula, berkapasiti 8850mAh dengan 45W pengecasan turbo bagi memastikan penggunaan tanpa gangguan.
Didatangkan juga bersama pembesar suara Quad dengan Dolby Atmos dan volume boost sehingga 200% untuk memberikan pengalaman audio 3D kepada pengguna. Beroperasi menggunakan OS berasaskan AI, Xiaomi HyperOS yang menjanjikan produktiviti, kreativiti serta sambungan peranti yang lancar.

POCO M1
POCO M1 pula direka dengan skrin bersaiz 12.1 inci dengan paparan 2.5K. Dihadirkan juga dengan 120Hz kadar segar semula agar pengguna dapat menikmati visual yang tajam dan memuaskan.
Ia dipadankan dengan sistem quad-speakerĀ yang dipertingkat lagi dengan Dolby Atmos. Pembesar suara ini memberikan bunyi yang cukup kuat untuk memenuhi setiap sudut bilik, disertakan denganĀ volume boost sehingga 300%.
Dibekalkan bersama bateri berkapasiti 12000mAh untuk penggunaan yang lama. Untuk prestasi yang lancar, tablet ini didatangkan cip Snapdragon 7s Gen 4 Mobile Platform yang digabungkan dengan Xiaomi HyperOS.
Kedua-dua tablet ini didatang dengan dua pilihan warna iaitu Kelabu dan Biru.
Promosi Early Bird
POCO menawarkan harga promosi Early Bird yang menarik bersempena pelancaran ini. POCO Pad X1 boleh didapatkan dengan harga RM1299 dan diskaun 50% pada PWP untuk POCO Pad X1 Keyboard dan Focus Pen. POCO Pad M1 pula ditawarkan pada harga RM999 serta POCO Pad M1 Cover percuma yang bernilai RM199.
Anda boleh dapatkan dua model tablet ini bermula 18 Disember di laman rasmi Xiaomi dan stor rasmi POCO di Shopee dan Lazada.
{suggest}
