Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
siri POCO F8_7

Siri POCO F8 Rasmi – Snapdragon 8 Elite Gen 5, Sokong eSIM, Harga Bermula RM2499

Diterbitkan November 26, 2025 · Dikemas kini November 26, 2025 oleh Amalina Athman

POCO hari ini melancarkan siri baharu FOCO F8, terdiri daripada dua model iaitu F8 Pro dan F8 Ultra.

POCO F8_001

POCO F8 Ultra

POCO F8 Ultra_04

Sebagai model paling berkuasa dalam siri ini, POCO F8 Ultra hadir dengan cip Snapdragon 8 Elite Gen 5 bersama cip VisionBoost D8. Ia dipadankan dengan konfigurasi memori sehingga 16GB RAM LPDDR5x dan storan sehingga 512GB UFS 4.1.

Peranti ini turut dilengkapi sistem penyejukan 3D Dual-layer IceLoop.

POCO F8 Ultra_003

Bahagian paparan menggunakan skrin AMOLED 6.9-inci dengan kadar segar semula 120Hz dan kecerahan maksimum 3500 nits, serta mempunyai perlindungan skrin POCO Shield Glass.

POCO F8 Ultra_001

Untuk kamera, ia menampilkan tetapan tiga kamera belakang 50MP terdiri daripada lensa utama Light Fusion 950, ultra lebar serta periskop telefoto dengan 5x zum optikal. Kamera swafoto pula hadir dengan sensor 32MP.

POCO F8 Ultra_006

Bagi menghidupkan peranti, F8 Ultra dibekalkan bateri 6,500mAh yang menyokong pengecasan 100W berwayar, 50W wayarles dan 22.5W pengecasan berbalik.

Buat pertama kalinya, siri POCO F8 menyokong eSIM. Ciri lain termasuk sokongan sambungan Wi-Fi 7, Wet Touch Display 2.0, pembesar suara stereo Sound by Bose, audio Dolby Atmos, penarafan IP68, serta sistem operasi Xiaomi HyperOS 3.

POCO F8 Ultra_007

Ia ditawarkan dalam dua warna iaitu Black dan Denim Blue.

POCO F8 Pro

POCO F8 Pro_005
POCO F8 Pro_004
POCO F8 Pro_002

POCO F8 Pro menampilkan skrin AMOLED 6.59-inci, menyokong kadar segar semula 120Hz dan kecerahan puncak 3500 nits. Perlindungan skrin menggunakan Corning Gorilla Glass 7i.

POCO F8 Pro_06

Model ini dikuasakan cip Snapdragon 8 Elite, dipadankan dengan 12GB RAM LPDDR5x dan storan sehingga 512GB UFS 4.1.

POCO F8 Pro_008

Di bahagian bateri, F8 Pro dibekalkan kapasiti 6,210mAh dengan sokongan 100W berwayar serta 22.5W pengecasan berbalik.

POCO F8 Pro_07

Untuk kamera, ia juga menawarkan tetapan tiga kamera, namun dengan konfigurasi berbeza iaitu lensa utama 50MP Light Fusion 800, 50MP telefoto dengan 2.5x zum optikal dan 8MP ultra lebar. Kamera swafoto hadir dengan sensor 20MP.

POCO F8 Pro_08

Dari segi sambungan, audio dan sistem operasi, ia menawarkan spesifikasi yang sama seperti F8 Ultra kecuali pada bahagian subwoofer. Model ini hadir dalam tiga pilihan warna iaitu Black, Titanium Silver dan Blue.

Harga dan ketersediaan

POCO F8 Pro dan F8 Ultra kini boleh didapati melalui mi.com serta kedai rasmi POCO di Shopee dan Lazada. Untuk pasaran tempatan, berikut merupakan harga jualan rasmi:

  • POCO F8 Pro 12GB/256GB – RM2,499
  • POCO F8 Pro 12GB/512GB – RM2,699
  • POCO F8 Ultra 12GB/256GB – RM3,199
  • POCO F8 Ultra 16GB/512GB – RM3,599
harga FOCO F8 Pro
Siri POCO F8 Rasmi – Snapdragon 8 Elite Gen 5, Sokong eSIM, Harga Bermula RM2499

{suggest}

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2026 WISER.MY