Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
01. OPPO Find X9 Series Key Visual

Siri OPPO Find X9 Kini Rasmi – 200MP Telefoto, Bateri 7500mAh, Harga Bermula RM3699

Diterbitkan Oktober 29, 2025 · Dikemas kini Oktober 29, 2025 oleh Amalina Athman

OPPO secara rasmi kini mengumumkan pelancaran global siri telefon pintar flagship terbarunya, Find X9 dan Find X9 Pro.

Find X9 hadir dengan skrin AMOLED 6.59-inci beresolusi FHD+, kadar segar semula 120Hz dan kecerahan maksimum 1,800 nit. Sementara itu, Find X9 Pro menawarkan skrin AMOLED lebih besar berukuran 6.78-inci dengan resolusi FHD+ serta kadar segar semula dan kecerahan maksimum yang sama.

Siri OPPO Find X9 Kini Rasmi – 200MP Telefoto, Bateri 7500mAh, Harga Bermula RM3699

Find X9 dan Find X9 Pro masing-masing mempunyai perlindungan Corning Gorilla Glass 7i dan Corning Gorilla Glass Victus 2.

Kedua-dua peranti dikuasakan cip pemproses MediaTek Dimensity 9500 yang dibina berasaskan proses 3nm generasi ketiga TSMC. Ia digandingkan bersama 16GB RAM LPDDR5x dan storan 512GB berasaskan UFS 4.1.

Dari segi kamera, Find X9 Pro menampilkan kamera utama 50MP Sony LYT 828 bersaiz 1/1.28 inci, sensor telefoto periskop 3x 200MP Hasselblad serta lensa ultra lebar 50MP. Manakala Find X9 pula menggunakan tiga kamera 50MP yang terdiri daripada kamera utama, ultra lebar dan telefoto periskop 3x.

Siri OPPO Find X9 Kini Rasmi – 200MP Telefoto, Bateri 7500mAh, Harga Bermula RM3699

Siri ini juga menjadi yang pertama dalam industri memperkenalkan 4K Motion Photos, yang meningkatkan resolusi video daripada 1080p ke 4K.

Siri OPPO Find X9 Kini Rasmi – 200MP Telefoto, Bateri 7500mAh, Harga Bermula RM3699
Siri OPPO Find X9 Kini Rasmi – 200MP Telefoto, Bateri 7500mAh, Harga Bermula RM3699

 

Kedua-dua model turut dilengkapi enjin pemprosesan imej terbaharu OPPO iaitu LUMO Image Engine. Selain itu, Find X9 Pro juga menyokong Hasselblad Teleconverter sebagai aksesori pilihan yang membolehkan zum optikal sehingga 10x.

Siri OPPO Find X9 Kini Rasmi – 200MP Telefoto, Bateri 7500mAh, Harga Bermula RM3699

Bagi menghidupkan peranti, kedua-dua model diisi dengan bateri silikon-karbon bersaiz besar iaitu 7,025mAh pada Find X9 dan 7,500mAh untuk Find X9 Pro. Ia menyokong pengecasan berwayar 80W dan pengecasan wayarles 50W.

Siri OPPO Find X9 Kini Rasmi – 200MP Telefoto, Bateri 7500mAh, Harga Bermula RM3699

Lain-lain termasuk sokongan sambungan Wi-Fi 7, Bluetooth 6.0, penarafan IP66, IP68 dan IP69, serta menjalankan ColorOS 16 berasaskan Android 16.

Ketersediaan

Find X9 ditawarkan dalam pilihan warna Titanium Grey, Space Black dan Velvet Red. Find X9 Pro pula hadir dalam pilihan warna Silk White dan Titanium Charcoal.

06. OPPO Find X9 Pro Titanium Charcoal_OPPO Find X9 Titanium Grey_OPPO Find X9 Velvet Red
Find X9
Siri OPPO Find X9 Kini Rasmi – 200MP Telefoto, Bateri 7500mAh, Harga Bermula RM3699
Find X9 Pro

OPPO Find X9 dan Find X9 Pro kini dibuka untuk prapesan bermula sekarang hingga 7 November, dengan masing-masing diletakkan pada harga RM3,699 dan RM4,999 (eksklusif sepanjang tempoh prapesan). Kedua-dua model ditawarkan dalam konfigurasi 16GB + 512GB.

Jualan rasmi di seluruh negara pula akan bermula pada 8 November 2025.

09. Find X9 Price Key Visual
10. Find X9 Pro Price Key Visual
11. OPPO Hasslebald Teleconverter Kit

Pengguna yang membuat prapesan siri Find X9 akan menerima pakej hadiah bernilai sehingga RM1,577, yang merangkumi Pengering Rambut Mini Laifen bernilai RM459, Kotak Hadiah Magnet Premium bernilai RM499 atau RM399 serta Jaminan Pelbagai Wilayah selama 1 tahun.

Selain itu, pelanggan yang mendaftar sebagai Ahli Aplikasi My OPPO akan menikmati ganjaran tambahan termasuk Pelan Perlindungan Skrin 1 Tahun bernilai RM399, Set Penjagaan Kulit Perjalanan Kiehl’s bernilai RM170, serta E-Baucar Kiehl’s bernilai RM50.

Berkaitan

  • Siri OPPO Reno14 Rasmi - MediaTek Dimensity 8450, Bateri 6,200mAh, Harga Dari RM1,399
  • ‘Trade-In’ Dengan Maxis, Dapat Telefon Baru Dari RM0
  • OPPO A6 Pro 5G Dilancar, Telefon Tahan Lasak Berharga RM1,199
  • OPPO Rasmikan ColorOS 16, Bakal Dilancar Pada Siri Find X9

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Syarikat Minyak UAE, ADNOC Jalin Kerjasama Dengan OpenAI Untuk Guna AI Dalam Operasi
  • Rembayung Kini Guna Grab Untuk Tempahan, Satu 'Booking' Setiap Dua Minggu
  • Korea Selatan Bakal Gandakan Perbelanjaan AI Dan Cip Pada 2027
  • HONOR Pad X7b Kini Di Malaysia Dari RM699, Dua Earbuds Baharu Bermula RM59
  • Epson Lancar SureColor SC-F330, Pencetak Sublimasi Desktop A3 Pertamanya
  • Google Peruntuk AS$160 Juta Untuk Infrastruktur Air Sokong Pusat Data Di Negeri Sembilan
  • 25,000 Lesen Pas Pembelajaran Global Kohort 2 Dibuka 16 November - Pemohon Senarai Menunggu Diutamakan
  • Claude Code Tak Boleh Lagi Klon Game Orang Lain, Walaupun Ditukar Nama
©2026 WISER.MY