Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
ColorOS 16

OPPO Rasmikan ColorOS 16, Bakal Dilancar Pada Siri Find X9

Diterbitkan Oktober 15, 2025 · Dikemas kini Oktober 15, 2025 oleh ariff bukhari

OPPO hari ini secara rasmi memperkenalkan ColorOS 16 yang menampilkan pengalaman pengguna yang lebih lancar, pintar dan saling berhubung merentas platform.

Dengan enjin Luminous Rendering dan Trinity Engine, animasi serta prestasi aplikasi kini lebih responsif dan efisien, termasuk untuk peranti bajet melalui inisiatif Project Breeze.

OPPO Rasmikan ColorOS 16, Bakal Dilancar Pada Siri Find X9
OPPO ColorOS 16.

Reka bentuk antaramuka diinspirasikan cahaya semula jadi, menawarkan Motion Photos sebagai wallpaper, ciri Always-On Display (AOD) skrin penuh, dan susun atur Flux Home Screen yang fleksibel.

Ciri AI Portrait Glow pula menyerlahkan swafoto dalam pencahayaan rendah, disertai alat suntingan seperti AI Eraser dan Master Cut untuk video.

OPPO Rasmikan ColorOS 16, Bakal Dilancar Pada Siri Find X9
ColorOS 16 perkenal AI Portrait Glow. Ia meningkatkan potret yang diambil dalam pencahayaan rendah dengan mengoptimumkan tona kulit dan mengimbangi cahaya dengan satu ketikan sahaja.

Melalui O+ Connect, pengguna boleh mengawal PC dari telefon dan cerminkan sehingga lima aplikasi dengan sokongan papan kekunci dan tetikus.

OPPO akan memperkenalkan ColorOS 16 pada Siri Find X9 yang akan datang bersama pendedahan penuh potensi ColorOS 16 ini ke pasaran global.

Berkaitan

  • Siri OPPO Reno14 Rasmi - MediaTek Dimensity 8450, Bateri 6,200mAh, Harga Dari RM1,399
  • ‘Trade-In’ Dengan Maxis, Dapat Telefon Baru Dari RM0
  • OPPO A6 Pro 5G Dilancar, Telefon Tahan Lasak Berharga RM1,199

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY