Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Reno14 Series – Main KV

Siri OPPO Reno14 Rasmi – MediaTek Dimensity 8450, Bateri 6,200mAh, Harga Dari RM1,399

Diterbitkan Julai 1, 2025 oleh ariff bukhari

OPPO hari ini melancarkan siri Reno14 di Malaysia termasuklah Reno14 Pro 5G, Reno14 5G dan Reno14F 5G.

Siri ini tampil dengan rekaan menarik yang dikenali sebagai Iridescent Mermaid, teknologi AI Flash Photography dan ketahanan IP69

Untuk model teratasnya, Reno14 Pro 5G dipacu oleh  cip MediaTek Dimensity 8450, skrin OLED 6.83 inci dengan resolusi 1.5K, kadar segar semula sehingga 120Hz, dilengkapi sistem tiga kamera belakang 50MP serta bateri besar 6,200mAh yang menyokong pengecasan pantas 80W (berwayar) dan 50W (tanpa wayar).

Bagi Reno14 5G dan Reno14 F 5G pula masing-masing dilengkapi paparan bersaiz 6.59 inci dan 6.57 inci dengan bateri berkapasiti 6,000mAh yang menyokong teknologi pengecasan pantas SUPERVOOC.

Reno14 Pro 5G (Opal White)
Siri Reno14 hadir dengan penarafan IP66, IP68, dan IP691 untuk perlindungan daripada debu dan air.

Selain itu, Reno14 Pro dan Reno14 menyokong ciri AI-Enhanced 4K HDR Video untuk sokongan resolusi 4K ultra jelas.

Dari aspek prestasi dan permainan, Siri Reno14 hadir dengan system penyejukan Vapor Chamber (VC), manakala Reno14 5G dan Reno14 Pro 5G dilengkapi dengan Sistem Penyejukan AI Nano Dual-Drive.

Siri OPPO Reno14 Rasmi – MediaTek Dimensity 8450, Bateri 6,200mAh, Harga Dari RM1,399
OPPO menyatakan, Siri Reno14 berjaya mengekalkan suhu maksimum di bawah 43℃ walaupun selepas 3 jam bermain permainan popular seperti obile Legends: Bang Bang (MLBB) pada 60fps dan PUBG Mobile pada 30fps dengan tetapan HD.

Selain itu, OPPO Malaysia turut memperkenalkan barisan aksesori terbaharu merangkumi magnetic case siri OPPO Reno14 dalam warna Gradient Blue, Kabel Magnetik (USB-A ke Type-C), OPPO Lanyard Silang Badan dengan kabel Type-C ke Type-C terbina dalam, OPPO 22.5W Power Bank Magnetik Ring 10000mAh dan OPPO Magnetic Power Bank Air 5000mAh.

Reno14 Series – Pre-order deals

Siri Reno14 baharu ini ditawar pada harga bermula RM1,399 untuk Reno14F. Manakala, Reno14 RM1,599 (12+256) dan RM1,799 (12/512GB). Sementara, Reno14 Pro RM2,999 (12+512GB).

Beli Siri Reno14 baharu di stor rasmi:

  • Shopee – https://invl.me/clmsle1
  • Lazada – https://invl.me/clmsleb

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Berkaitan

  • MacBook Dijangka Guna Pemproses iPhone, Harga Lebih Murah
  • Windows Dilapor Kehilangan 400 Ribu Pengguna Dalam Tempoh 3 Tahun
  • Hampir 50KM Jajaran Lebuh Raya Langsung Tiada Liputan Telekomunikasi - Fahmi

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY