Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
OPPO A6 Pro final KV

OPPO A6 Pro 5G Dilancar, Telefon Tahan Lasak Berharga RM1,199

Diterbitkan September 24, 2025 · Dikemas kini September 24, 2025 oleh ariff bukhari

OPPO A6 Pro 5G kini dilancarkan di Malaysia dengan bateri 6,500mAh yang mampu bertahan sehingga 42.2 jam.

Telefon ini dilengkapi cip MediaTek Dimensity 6300 dengan paparan 6.57 inci AMOLED FHD+ 120Hz Ultra Cerah, ColorOS 15 dengan Trinity Engine dan Luminous Rendering Engine untuk pengalaman visual dan sistem operasi lancar.

Lifestyle Image_Coral Pink & Stellar Blue
OPPO A6 Pro 5G dilengkapi RAM 16GB (8+8) dan storan 256GB.

OPPO A6 Pro 5G menerima penarafan IP69, perlindungan gegaran tahap ketenteraan, dan binaan dalaman menggunakan aloi aluminium AM04 serta kaca AGC DT-Star D+.

Menjadikannya sebagai antara model telefon pintar paling tahan lasak yang ada di pasaran ketika ini.

OPPO A6
OPPO A6 Pro 5G turut disertakan bersama pengecasan pantas 80W SUPERVOOC™ dan mampu lebih 80% kapasiti selepas 1,830 kitaran pengecasan, dengan ketahanan lebih lima tahun.
Image 2
Di majlis pelancarannya hari ini, OPPO turut menandatangani MoU bersama MediaTek dan JP Niners Empire untuk memperkukuh inovasi permainan mudah alih.

OPPO A6 Pro 5G hadir dengan reka bentuk nipis dan hanya seberat 185g, tersedia dalam dua pilihan warna eksklusif iaitu Biru Stellar dan Jambu Merah Coral.

Ditawar pada harga RM1,199, OPPO A6 Pro 5G turut didatangkan dengan hadiah eksklusif bernilai RM997 untuk pembeli terawal eksklusif di jelajah promosi OPPO selama 5 hari di IOI City Mall Putrajaya sehingga 28 September 2025.

Free gift KV (horizontal)

Beli barisan produk OPPO dari stor rasmi:

  • Shopee – https://invl.me/clmsle1
  • Lazada – https://invl.me/clmsleb

Berkaitan

  • Siri OPPO Reno14 Rasmi - MediaTek Dimensity 8450, Bateri 6,200mAh, Harga Dari RM1,399
  • ‘Trade-In’ Dengan Maxis, Dapat Telefon Baru Dari RM0
  • Ini Cara Paling Mudah Untuk 'Unsubscribe' Emel Di Gmail

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY