Siri Lenovo Yoga Terbaru Dilancar Dengan Teknologi AI

Selepas Lenovo memperkenalkan beberapa produk komputer riba mereka di acara CES 2024 pada awal tahun yang lepas, kini produk tersebut telah rasmi dilancarkan dengan barisan permulaan iaitu siri Lenovo Yoga generasi terbaru yang dikuasakan oleh teknologi kecerdasan buatan.

Antara teknologi kecerdasan buatan yang ditawarkan adalah Lenovo AI Engine+, Lenovo LA AI Core dan Lenovo Creator Zone.

Lenovo Yoga Book 9i (13'', Gen 9)




Seperti artikel sebelum ini, komputer riba ini dikuasakan dengan Intel Core Ultra 7 dan disokong oleh kad grafik Intel Graphics, memori 32GB LPDDR5X dan storan 1TB PCIe SSD Gen 4.

Selain daripada menjalankan Windows 11 Home, Yoga Book 9i ini juga lengkap dengan kamera FHD IR, 4 pembesar suara Dolby Atmos dan bateri berkapasiti 80Whr.

Skrinnya pula adalah jenis OLED PureSight (2880 x 1800) 13 inci dengan kadar segar semula 620Hz.

Ia juga hadir bersama Standard Base Pen 4.0 dan Lenovo Yoga Tidal Teal Mouse. Lain-lain seperti WiFi 6E, Bluetooth 5.1 dan slot USB-C.

Lenovo Yoga Pro 9i (16'', Gen 9)




Untuk model ini, ia dijalankan oleh Intel Core Ultra 9 dengan sokongan GPU NVIDIA GeForce RTX 4060, memori 32GB RAM dan storan 1TB PCIe SSD Gen 4.

Selain itu, paparannya adalah jenis IPS 16 inci dengan kadar segar semula 165Hz dan resolusi (3200 x 2000).

Ia juga dilengkapi dengan kamera 5M IR Super Resolution, 6 pembesar suara Dolby Atmos, kapasiti bateri 84WHr, WiFi 6E, Bluetooth 5.3, slot HDMI dan slot USB-C.

Lenovo Yoga 9i 2 in 1 (14'', Gen 9)




Komputer riba ini dikuasakan oleh Intel Core Ultra 7 yang disokong kad grafik Intel Arc Graphics, memori 32GB LPDDR5X dan storan 1TB PCIe SSD Gen 4.

Selain itu, ia juga hadir dengan skrin OLED PureSight 14 inci dengan resolusi 2880 x 1800 serta kadar segar semula 120Hz.

Lain-lain adalah kapasiti bateri 75WHr, kamera 5MP IR CMOS, WiFi 6E, Bluetooth 5.3, USB-A Gen 3.2 dan USB-C.

Lenovo Yoga Pro 7i (14'', Gen 9)




Untuk model Pro 7i ini, ia menggunakan cip Intel Core Ultra 9 serta disokong oleh NVIDIA GeForce RTX 4050, memori 32GB RAM LPDDR5X dan storan 1TB PCIe SSD Gen 4.

Skrinnya pula adalah jenis IPS 14.5 inci dengan kadar segar semula 120Hz dan resolusi 3072 x 1920.

Ia juga hadir dengan kamera FHD, 4 pembesar suara Dolby Atmos, bateri 73WHr, WiFi 6E, Bluetooth 5.3, slot USB-C, USB-A 3.2 Gen 1 dan HDMI 2.1.

Lenovo Yoga Slim 7i (14'', Gen 9)




Model Yoga Slim 7i ini tampil dengan cip Intel Core Ultra 5 serta disokong Intel ARC Graphics, memori 32GB RAM LPDDR5X dan storan 1TB PCIe SSD Gen 4. 

Untuk skrin, ia menggunakan WUXGA OLED 14 inci dengan kadar segar semula 60Hz dan resolusi 1920 x 1200.

Lain-lain ciri yang hadir bersama adalah kamera FHD, 4 pembesar suara Dolby Atmos, bateri 65WHr, WiFi 6E, Bluetooth 5.3, slot HDMI 2.1, USB-C dan USB-A 3.2.

Lenovo Yoga 7i 2 in 1 (14'', Gen 9)




Model yang terakhir ini hadir dengan penguasaan cip Intel Core Ultra 7 dan disokong Intel ARC Graphics, memori 32GB RAM LPDDR5X dan storan 1TB PCIe SSD Gen 4.

Paparannya adalah jenis OLED PureSight 14 inci pada resolusi 2880 x 1800 dengan kadar segar semula 120Hz.

Ciri-ciri lain yang hadir seperti kamera FHD 1080p, 2 pembesar suara Dolby Atmos, bateri 71WHr, WiFi 6E, Bluetooth 5.2, slot HDMI 2.1, USB-C 3.2 Gen 2 dan USB-A 3.2 Gen 1.

{suggest}

Sumber: Siaran Media Lenovo