Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Featured Image – Wiser Article – 2024-01-11T140835.580

CES 2024 – Lenovo Umum Komputer Riba Dwi-Skrin OLED Penuh

Diterbitkan Januari 11, 2024 oleh Muhd Idham

Setelah acara CES 2024 yang telah berlangsung beberapa hari lepas, syarikat Lenovo juga telah mengambil peluang untuk memperkenalkan beberapa produk terbaru yang akan ditambah dalam siri Lenovo Yoga.

Antara model Lenovo Yoga yang mendapat perhatian ramai adalah komputer riba Lenovo Yoga Book 9i (13″ Gen-9)​ yang dilengkapi dengan paparan dwi-skrin OLED penuh pertama di dunia.

CES 2024 – Lenovo Umum Komputer Riba Dwi-Skrin OLED Penuh

Berdasarkan pihak Lenovo, produk ini dikuasakan oleh cip Intel Core Ultra dengan paparan skrin PureSight OLED 2.8K.

Komputer riba Lenovo Yoga Book 9i (13” Gen-9) ini dijangka akan tersedia dengan spesifikasi penuh pada bulan April 2024 pada harga USD1,999.99 (~RM9,282.95)

Selain itu, Lenovo juga datangkan produk terbaru yang datang bersama Lenovo Yoga Book iaitu Lenovo Yoga Pro 9i (16” Gen-9) dan Lenovo Yoga 9i 2-in-1 (14” Gen-9) dengan ketersediaan bersamanya Lenovo Smart Pen dan sarung Sleeve.

CES 2024 – Lenovo Umum Komputer Riba Dwi-Skrin OLED Penuh
Lenovo Yoga 9i 2-in-1 (14”, 9)

Keluaran dua model ini juga dikuasakan cip pemprosesan Intel Core Ultra yang terkini serta sokongan daripada Lenovo AI Core Chip untuk kegunaan ciri kecerdasan buatan.

Selain itu, model Yoga Pro 9i dilengkapi dengan Lenovo X Power yang menyediakan kemudahan pemaparan output 3D serta ciri tetapan penyelaras warna bagi prestasi kuasa pemprosesan, hayat bateri dan kadar penyejukan yang stabil.

Kedua-dua model ini juga tampil dengan teknologi Windows Copilot yang diterapkan secara terus untuk pengaksesan yang bagi setiap penggunanya.

Spesifikasi penuh akan diketahui semasa pelancaran yang dijangka tiba pada April 2024 dengan harga seperti di bawah.

  • Lenovo Yoga Pro 9i (16”, 9) = USD1,699.99 (~RM7,890.50)
  • Lenovo Yoga 9i 2 in 1 (14”, 9) = USD1,449.99 (~RM6,730.13)

Untuk pengetahuan lanjut, sila layari laman rasmi Lenovo.

Berkaitan

  • Berhenti Guna, IKEA Panggil Balik Pengecas USB 40W
  • Sony Tayang EV Dikawal Guna Alat Kawalan Jauh Konsol PS5
  • Log Masuk Aplikasi MySejahtera Kini Boleh Guna MyDigital ID
  • Siri OPPO Reno11 Rasmi, Harga Bermula RM1,899

Sumber: Siaran Media Lenovo

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY