Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Siri Galaxy S24 Naik Harga, Ini Perbandingan Dengan Galaxy S23

Siri Galaxy S24 Naik Harga, Ini Perbandingan Dengan Galaxy S23

Diterbitkan Januari 18, 2024 · Dikemas kini Januari 18, 2024 oleh Amalina Athman

Seperti diketahui, Samsung baru sahaja mengumumkan ketibaan telefon andalan terbaharu, iaitu siri Galaxy S24. Ia hadir dengan tiga model iaitu Galaxy S24, Galaxy S24+ dan Galaxy S24 Ultra.

Sekiranya dibandingkan dengan harga yang ditawarkan pada tahun lalu, Samsung nampaknya telah menaikkan harga siri Galaxy S24 sehingga RM600.

Berkaitan

  • Siri Galaxy S24 Kini Rasmi - Bingkai Titanium, Galaxy AI, Harga Bermula RM4099

Perbandingan harga siri Galaxy S24 dan S23

HARGA S24 S23

Seiring kenaikan harga tersebut, Samsung turut menambah storan bagi Galaxy S24 dan RAM untuk Galaxy S24+. Bagi Galaxy S24 Ultra, walaupun setiap varian memperlihat kenaikan harga sebanyak RM600, penawaran storan dan RAM kekal sama seperti model tahun lalu.

Namun begitu, perlu diketahui kenaikan harga tersebut tidak hanya mengambil kira storan dan RAM yang ditawarkan. Sebaliknya terdapat beberapa faktor lain seperti harga komponen, jenis komponen yang digunakan, ciri baharu, serta lain-lain penawaran dan penambahbaikan.

Samsung Galaxy S24 Ultra

Menyentuh serba sedikit mengenai spesifikasi, S24 Ultra dikuasakan cip Snapdragon 8 Gen 3 for Galaxy, sementara S24+ dan S24 didatangkan dengan cip Exynos 2400. Galaxy S24 Ultra kini hadir dengan skrin rata dan menjadi telefon Galaxy pertama yang menampilkan bingkai titanium.

Menariknya untuk tahun ini, Samsung lebih menekankan kepada teknologi kecerdasan buatan (AI) melalui pengenalan Galaxy AI. Untuk selanjutnya, anda boleh meneruskan bacaan di SINI.

  • Prapesan siri Galaxy S24 di Shopee: https://invl.io/clkllbt
  • Prapesan siri Galaxy S24 di Lazada: https://invol.co/clkllbg

Untuk pembelian siri Galaxy S23 dengan harga diskaun atau lain-lain produk, layari kedai rasmi Samsung di Shopee atau Lazada.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY