Siri ASUS ROG Phone 7 Rasmi, Telefon 'Gaming' Paling 'Power' Sekarang

ASUS Republic of Gamers (ROG) pada hari ini telah mengumumkan siri ROG Phone 7 yang serba baharu untuk tahun 2023 ini. Pengumuman itu dibuat dalam acara pelancaran maya For Those Who Dare.

Apa yang BARU dan MENARIK?




Siri ROG Phone 7 terdiri daripada 2 model - ROG Phone 7 dan 7 Ultimate. Siri ROG Phone 7 menawarkan sistem termal GameCool 7 yang baru dan maju.



ASUS ROG juga mendakwa siri telefon mereka yang baharu ini menawarkan kecekapan penggunaan kuasa yang tinggi. Hal ini demikian kerana ia mempunyai rekaan vapor chamber yang lebih baru dan efektif dalam pelesapan haba.



Antara ciri-ciri lain yang diperkenalkan adalah skrin Samsung AMOLED 165Hz, sistem pembesar suara yang lebih maju dan menyokong subwoofer melalui pemasangan Aeroactive Cooler 7 dan banyak lagi.

Spesifikasi Siri ROG Phone 7




Kedua-dua peranti siri ROG Phone 7 dikuasakan cip Snapdragon 8 Gen 2, guna memori RAM LPDDR5X hingga 16GB dan storan UFS 4.0 hingga 512GB.

Peranti ini menggunakan skrin Samsung AMOLED berukuran 6.78" beresolusi 2448 x 1080, menggunakan perlindungan Corning Gorilla Glass Victus dan sokong kadar segar semula hingga 165Hz.

Selain itu, peranti-peranti siri ROG Phone 7 disokongkan bateri sebesar 6,000mAh dengan pengecasan pantas 65W. Untuk kamera, siri ROG Phone 7 menggunakan sensor kamera 50MP Sony IMX766, 13MP ultra-lebar 120°, 5MP makro dan 32MP swafoto.

Antara ciri-ciri lain adalah ia menggunakan ROG UI baharu berasaskan Android 13, pembesar suara yang lebih berkuasa, sokong NFC, sokong penarafan IP54, ketersambungan Wi-Fi 7 dan banyak lagi.

Harga dan Ketersediaan




Siri ROG Phone 7 akan dijual pada tanda harga seperti berikut:

ROG Phone 7

  • 12GB RAM / 256GB ROM - EUR999 (~RM4,845.00)

  • 16GB RAM / 512GB ROM - EUR1,199 (~RM5,815.00)


ROG Phone 7 Ultimate

  • 16GB RAM / 512GB ROM - EUR1,399 (~RM6,785.00)


ASUS ROG tidak mengeluarkan sebarang pengumuman rasmi berkenaan tarikh kehadiran siri ROG Phone 7 ini ke pasaran Malaysia.

Tetapi kita boleh jangkakan bahawa besar kemungkinan siri ROG Phone 7 akan dilancarkan dalam beberapa minggu lagi.

{suggest}

Sumber: Siaran Akhbar ASUS ROG