Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Xiaomi 13 Ultra launch date

Sah, Xiaomi 13 Ultra Akan Dilancar Pada Minggu Depan

Diterbitkan April 12, 2023 · Dikemas kini April 12, 2023 oleh Amalina Athman

Terdahulu, Xiaomi mengumumkan Xiaomi 13 Ultra akan diperkenal untuk pasaran global. Dalam laporan terkini, Xiaomi telah mengesahkan acara pelancaran Xiaomi 13 Ultra dijadualkan berlangsung pada 18 April 2023.

Berkaitan

  • Xiaomi 13 Ultra Sah Akan Hadir Untuk Pasaran Global
  • Rekaan Dan Spesifikasi Xiaomi 13 Ultra Didakwa Tertiris

Menerusi poster yang dimuat naik, tidak banyak perincian mengenainya yang didedahkan buat masa ini. Walaupun begitu, kelihatan modul kamera yang besar dengan tetapan empat lensa. Di bahagian tengah modul kamera juga terdapat penjenamaan Leica.

We cordially invite you to the #Xiaomi13UltraLaunchEvent. Xiaomi and @leica_camera, once again, are bringing you new wonders of mobile imaging. 🟠📷🔴

Mark your calendars for #AShotAbove all, April 18th at 19:00 (GMT+8)! pic.twitter.com/a8rY5PGMFJ

— Xiaomi (@Xiaomi) April 12, 2023

Seperti yang dimaklumkan sebelum ini, Leica juga telah mengesahkan peranti ini akan dilengkapi sistem optikal terkini dan lensa Summicron baharu.

Bagi lain-lain spesifikasi, spekulasi mengatakan Xiaomi 13 Ultra akan dimuatkan paparan bersaiz 6.7-inci 2K AMOLED, kadar segar semula 120Hz, janaan cip Snapdragon 8 Gen 2 dan sebagainya.

Sehingga itu, nantikan lebih banyak maklumat rasmi mengenainya dari semasa ke semasa, menjelang pelancaran pada 7.00 petang, 18 April 2023.

Sumber: Xiaomi

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Malaysia Tingkatkan Tahap Ancaman Keselamatan Siber Negara Daripada Rendah Kepada Sederhana
  • Google Umum Pelaburan AS$15 Bilion Di Malaysia, Sasar 9,000 Pekerjaan Dengan Gaji Lebih Tinggi
  • Paras Gas Karbon Dioksida Dunia Telah Meningkat 3 Kali Ganda Sejak 1960 - WMO
  • HONOR Magic9 Pro Max Dengan Pengimejan ARRI Sah Ke Malaysia, Jadi Telefon Rasmi FFM35
  • UKM Jadi Institusi Pertama Di Asia Tenggara Guna Implan Suara Boleh Laras
  • Aplikasi Shopee Kini Ada Pembantu Beli-Belah 'Migoo AI'
  • Sam Altman: RAM Lebih Baik Digunakan Di Pusat Data Berbanding PC
  • Google Akan Sekat Akses Search Untuk Pelajar Jika Sekolah Tolak AI
©2026 WISER.MY