Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Android Box

Jual Android Box Tidak Diperakui, Dua Beranak Didenda RM14,000

Diterbitkan April 13, 2023 ยท Dikemas kini April 13, 2023 oleh Amalina Athman

Dua beranak dijatuhkan hukuman denda RM14,000 oleh Mahkamah Sesyen Kluang, selepas mengaku bersalah atas pertuduhan menjual kotak TV Android yang tidak diperakui, dua tahun lalu.

Sekiranya gagal membayar denda, pihak mahkamah memerintahkan hukuman penjara dua tahun dikenakan terhadap tertuduh.

Berkaitan

  • Astro Boleh Kenakan Tindakan Undang-Undang kepada Penjual "Android Box"
  • Pelanggan Baru Astro Dapat Jimat RM696 Selama 24 Bulan Untuk Pakej Fibre 50 Mbps Dengan Pek TV

Terdahulu, kedua-dua mereka yang masing-masing berusia 60 dan 30 tahun telah didakwa menjual dua unit kotak TV Android berjenama Eplay, bagi maksud memintas langkah perlindungan teknologi yang disebut dalam Subseksyen 36A(3) Akta Hak Cipta (AHC) 1987.

Mengikut fakta kes, peranti tersebut menawarkan kandungan saluran Astro yang tidak diperakui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

Lanjutan itu, kedua-duanya didapati melakukan kesalahan mengikut Seksyen 41(1)(ha) Akta Hakcipta 1987 dan turut disiasat mengikut Seksyen 34 Kanun Keseksaan.

Sumber: AWANI

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Malaysia Tingkatkan Tahap Ancaman Keselamatan Siber Negara Daripada Rendah Kepada Sederhana
  • Google Umum Pelaburan AS$15 Bilion Di Malaysia, Sasar 9,000 Pekerjaan Dengan Gaji Lebih Tinggi
  • Paras Gas Karbon Dioksida Dunia Telah Meningkat 3 Kali Ganda Sejak 1960 - WMO
  • HONOR Magic9 Pro Max Dengan Pengimejan ARRI Sah Ke Malaysia, Jadi Telefon Rasmi FFM35
  • UKM Jadi Institusi Pertama Di Asia Tenggara Guna Implan Suara Boleh Laras
  • Aplikasi Shopee Kini Ada Pembantu Beli-Belah 'Migoo AI'
  • Sam Altman: RAM Lebih Baik Digunakan Di Pusat Data Berbanding PC
  • Google Akan Sekat Akses Search Untuk Pelajar Jika Sekolah Tolak AI
©2026 WISER.MY