Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Sistem Sekuriti Kebanyakkan Aplikasi Android Dan iOS Berada Pada Tahap Yang Lemah

Ini 30 Syarikat Yang Paling Banyak Mengumpul Data Wajah, Suara Dan Persekitaran Anda

Diterbitkan April 13, 2023 oleh ariff bukhari

Kita semua melakukannya, klik pantas sahaja pada butang ‘accept‘ tanpa membaca terlebih dulu sebarang maklumat hanya supaya kita dapat melawat tapak laman sesawang dengan cepat.

Tanpa sedar kita sebenarnya membenarkan syarikat platform media sosial mengumpul pelbagai data peribadi seperti nama, tarikh lahir, alamat e-mel, maklumat bank serta pautan ke akaun media sosial dan data-data lain yang anda kongsikan.

Malah haiwan peliharaan, hobi, ketinggian dan berat serta aktiviti rutin harian kita pun dikumpul oleh syarikat-syarikat ini.

Menurut laporan oleh Clario, syarikat-syarikat ini bukan sahaja mengejar data peribadi anda — sesetengahnya mahu merakam penampilan peribadi anda dengan menggunakan perkara seperti ciri pengecaman imej dan suara untuk membantu anda log masuk ke platform mereka.

Sekaligus bermakna mereka berupaya mengumpul data wajah, suara dan persekitaran pengguna.

Berikut adalah 30 syarikat yang paling banyak mengumpul data wajah, suara dan prsekitaran pengguna menurut Clario:-

data companies collect

Hasil kajian yang dibuat Clario mendapati, daripada semua jenama dalam kajian terakhir syarikat yang mengumpul data, 6.25% daripada syarikat-syarikat itu mempunyai pilihan untuk menyimpan foto wajah anda. Ini termasuklah seperti Airbnb, Instagram, Meta dan TikTok.

Clario menyatakan, setiap kali pengguna menggunakan filter TikTok atau Instagram, platform media sosial itu akan menjejaki pergerakan muka penggunanya untuk membina gambar serupa.

Walaupun ia mungkin mencipta beberapa hasil yang melucukan tetapi ia membolehkan syarikat itu menangkap dan mengumpul imej penggunanya.

Sementara platform media seperti Twitter, Spotify dan Clubhouse pula yang menggunakan ciri pengecaman vokal yang mungkin kelihatan tidak terlalu mencurigakan, tetapi tetap dibimbangi jika ia terlepas ke tangan yang salah, ia boleh mengakses maklumat peribadi pengguna.

Clario merumuskan bahawa aplikasi-aplikasi media sosial sebagai platform yang paling banyak mengumpul data pengguna dan mereka adalah yang paling banyak mengetahui tentang peribadi anda.

data companies collect

Berkaitan

  • Senarai ATM Maybank Untuk Tukar Duit Raya 2023
  • Pelan Unifi 2Gbps Didedah, Akan Berharga RM459/bulan
  • Maxis Tawar Pelan 1Gbps Dengan Harga RM189/Bulan

Sumber: Clario

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY