Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
twitter x

Tiada Lagi Twitter Inc., Kini Dikenali Sebagai X Corp.

Diterbitkan April 13, 2023 ยท Dikemas kini April 13, 2023 oleh ariff bukhari

Twitter Inc. kini sudah tiada selepas Elon Musk dilaporkan secara diam-diam telah menggabungkan platform media sosial itu dengan satu lagi syarikat miliknya iaitu X Corp.

Penggabungan itu dikhabarkan dibuat pada 4 April lalu.

Walaubagaimanapun, Elon Musk yang merupakan pemilik Twitter Inc. serta X Holdings Corp. masih belum mendedahkan penggabungan ini kepada umum.

Pada April 2022 lepas, Musk telah mendaftarkan 3 syarikat berasingan yang direka untuk memudahkan pembelian Twitter iaitu X Holdings I, II dan III di Delaware.

Menurut perjanjian itu, Twitter akan bergabung dengan X Holdings II, tetapi mengekalkan nama dan struktur korporat amnya sambil terus beroperasi di bawah undang-undang Delaware.

X Holdings I yang dikawal oleh Musk kemudiannya akan bertindak sebagai syarikat induk entiti yang digabungkan, manakala X Holdings III akan mengambil pinjaman $13 bilion yang diberikan sekumpulan bank besar kepada Musk untuk membantu menampung pembelian Twitter pada nilai $44 bilion (~RM193 bilion).

Perkara ini sebenarnya bukanlah suatu yang mengejutkan. Ini kerana sebelum ini Elon musk pernah menyatakan bahawa Twitter akan menjadi “aplikasi segala-galanya” yang dipanggil sebagai X dan boleh menyaingi platform lain seperti WeChat.

Buying Twitter is an accelerant to creating X, the everything app

— Elon Musk (@elonmusk) October 4, 2022

Buat masa ini, Twitter masih beroperasi seperti biasa dan kemungkinan pengganbunagn ini tidak memberi perubahan ketara operasi dan pekerja Twitter.

Berkaitan

  • Rasmi: realme 10 Pro Coca-Cola Tiba Di Malaysia Untuk RM1399, Ini Tempat Yang Jualnya
  • Pelan Unifi 2Gbps Didedah, Akan Berharga RM459/bulan

Sumber: Slate

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY