Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
shopee mei 2026

Shopee Sekali Lagi Naikkan Yuran Komisen Marketplace, Mall – Berkuat Kuasa 21 Mei 2026

Diterbitkan Mei 11, 2026 · Dikemas kini Mei 11, 2026 oleh Amalina Athman

Selepas menaikkan yuran komisen untuk penjual Marketplace dan Shopee Mall pada awal tahun ini, Shopee Malaysia sekali lagi mengumumkan pelarasan yuran komisen yang akan berkuat kuasa mulai 21 Mei 2026.

Perubahan ini melibatkan kedua-dua jenis penjual, iaitu penjual Marketplace tempatan dan Shopee Mall.

Bagi penjual Marketplace, kategori Elektronik tidak mengalami sebarang perubahan dengan kadar komisen kekal antara 6% hingga 11% bagi penjual yang menyertai Cashback Programme, dan 11% hingga 16% bagi penjual yang tidak menyertainya. Namun, Fashion, FMCG dan Lifestyle menyaksikan kenaikan kadar komisen 1-1.5%.

yuran komisen shopee marketplace mei 2026_

Penjual baharu masih menikmati pengecualian komisen sehingga 120 hari selepas produk pertama disenaraikan atau selepas mencapai 100 pesanan.

Bagi penjual Shopee Mall, kategori Elektronik juga kekal tidak berubah dengan kadar komisen antara 9% hingga 14% untuk penjual dalam Cashback Programme dan 14% hingga 19% bagi penjual yang tidak menyertainya. Kategori lain mencatatkan peningkatan sekitar 1-1.5%.

yuran komisen shopee mall mei 2026_

Seperti sebelum ini, semua kadar komisen ini tertakluk kepada Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) sebanyak 8%.

Ini merupakan kenaikan kali kedua dalam tempoh kurang daripada empat bulan. Sebelum ini, Shopee telah mengumumkan pelarasan yuran komisen yang berkuat kuasa pada 1 Februari 2026, sekali gus meningkatkan kos operasi untuk ramai penjual di platform tersebut.

Penjual boleh menyemak kadar komisen terkini mengikut kategori produk masing-masing melalui Shopee Seller Centre untuk Marketplace dan Shopee Mall.

Berkaitan

  • ‘Hype’ Atau Tidak, Ini Yang OPPO Reno15 Sebenarnya Boleh Buat
  • Pengguna ShopeePay Perlu Lengkapkan e-KYC Untuk Bayar Di PlayStation Store - Berkuat Kuasa 22 Januari
  • Shopee Naikkan Yuran Komisen Marketplace, Mall - Berkuat Kuasa 1 Februari 2026
  • ShopeePay Perkenal Money+, Ini Yang Perlu Diketahui Mengenainya

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY