Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
ShopeePay PlayStation

Pengguna ShopeePay Perlu Lengkapkan e-KYC Untuk Bayar Di PlayStation Store – Berkuat Kuasa 22 Januari

Diterbitkan Januari 16, 2026 · Dikemas kini Januari 16, 2026 oleh Amalina Athman

PlayStation kini memaklumkan semua pengguna ShopeePay di Malaysia perlu melengkapkan pengesahan e-KYC untuk terus menggunakan ShopeePay sebagai kaedah pembayaran di PlayStation Store, berkuat kuasa 22 Januari 2026.

Selepas tarikh tersebut, pengguna yang belum melengkapkan e-KYC tidak akan dapat membuat pembayaran menggunakan ShopeePay.

Ini termasuk pembelian baharu di PlayStation Store serta pembaharuan langganan automatik. Sekiranya e-KYC tidak diselesaikan, pengguna mungkin tidak dapat memperbaharui langganan automatik.

Seperti dinyatakan, pengesahan e-KYC hanya terpakai untuk pengguna ShopeePay yang menggunakan platform ini sebagai kaedah pembayaran.

PlayStation Store turut menyokong pelbagai kaedah pembayaran lain, termasuk kad Visa dan Mastercard, Apple Pay serta kod baucar PlayStation Store Gift Card.

Untuk maklumat lanjut mengenai kaedah pembayaran yang tersedia, layari laman rasmi PlayStation.

Berkaitan

  • Dah Boleh Guna ShopeePay Di PlayStation Store
  • Shopee Lancar Aplikasi ShopeePay - Ini Perlu Diketahui
  • Kami Dah Putus Asa “Dera” vivo V60 Lite 5G Ni
  • TNG Digital, EPOS Perkenal EPOS360 BlueTap - Mudahkan Pembayaran Dengan Ciri 'Tap-to-Pay'

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY