Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
yuran komisen shopee februari 2026

Shopee Naikkan Yuran Komisen Marketplace, Mall – Berkuat Kuasa 1 Februari 2026

Diterbitkan Januari 16, 2026 ยท Dikemas kini Januari 17, 2026 oleh Amalina Athman

Shopee sekali lagi bakal menaikkan kadar yuran komisen bagi penjual Marketplace dan Mall, berkuat kuasa 1 Februari 2026.

Menurut halaman Shopee Seller, pelarasan kadar ini melibatkan semua penjual di bawah Shopee Mall dan Marketplace, sama ada yang menyertai program ‘cashback’ atau tidak.

Kenaikan ini melibatkan beberapa kategori produk utama termasuk gaya hidup, barangan FMCG dan elektronik.

Yuran komisen marketplace shopee februari 2026
Yuran Komisen Marketplace
Yuran komisen mall shopee februari 2026
Yuran Komisen Mall

Berdasarkan struktur yuran baharu, kadar komisen bagi penjual Shopee Mall kini mencecah sehingga 20%, khususnya bagi kategori barangan FMCG untuk penjual yang tidak menyertai program cashback.

Sebaliknya, kadar yuran komisen bagi penjual di Shopee Marketplace dilihat lebih terkawal, malah terdapat kategori tertentu yang mencatatkan sedikit penurunan kadar berbanding sebelum ini.

Terdahulu, Shopee telah beberapa kali melaksanakan penyelarasan yuran komisen dan caj lain kepada penjual, termasuk memperkenalkan Yuran Sokongan Platform pada Julai tahun lalu. Kali terakhir kadar yuran komisen dinaikkan ialah pada November 2025, khusus bagi penjual yang tidak menyertai program cashback.

Berkaitan

  • Shopee Naikkan Yuran Komisen Untuk Penjual Yang Tidak Sertai Program 'Cashback'
  • Shopee Perkenal 'SPayLater Motorcycle', Ini Perlu Diketahui
  • Skrin Tak Silau, Stylus Lebih Pintar, Kenapa HUAWEI MatePad 12 X 2026 Rasa Berbeza
  • Pengguna ShopeePay Perlu Lengkapkan e-KYC Untuk Bayar Di PlayStation Store - Berkuat Kuasa 22 Januari

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY