Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
memori ddr4

Meta Guna Semula DDR4 Lama Di Pelayan DDR5 Dengan Cip Tersendiri

Diterbitkan Julai 6, 2026 oleh Amsyar Latif

Meta telah membangunkan cip tersendiri yang dipanggil Vistara untuk mengatasi kekurangan memori global. Cip ini membolehkan syarikat menggunakan DDR4 lama (2400MT/s) bersama pelayan DDR5 baharu (6400MT/s).

Menurut laporan Tom’s Hardware dan PCMag, cip berasaskan CXL 2.0 ini berfungsi dengan meletakkan DDR4 untuk menyimpan data yang kurang kerap diakses, manakala DDR5 digunakan untuk tugas yang memerlukan prestasi tinggi. Pendekatan ini membolehkan Meta mengurangkan kos operasi pusat data dan pelayan AI mereka dengan ketara.

meta vistara

Selain menjimatkan wang, teknologi ini juga membantu mengurangkan sisa elektronik (e-waste) dengan memanfaatkan semula DDR4 yang sedia ada. Ini amat penting ketika harga DRAM sedang naik teruk akibat permintaan tinggi dari industri AI.

Walaupun inovasi ini sangat berguna untuk syarikat besar seperti Meta, ia hanya digunakan di peringkat pusat data dan tidak tersedia untuk PC gaming atau komputer peribadi.

Langkah Meta ini menunjukkan bagaimana syarikat teknologi sedang mencari penyelesaian kreatif untuk mengatasi masalah kekurangan komponen.

Dengan kekurangan DRAM dijangka berterusan sehingga 2028, pendekatan sebegini mungkin akan menjadi trend dalam industri pusat data.

Berkaitan

  • vivo X300 FE VS vivo X300 Ultra: Sama DNA ZEISS, Tapi Ini Bezanya Yang Anda Wajib Tahu Sebelum Beli
  • “Normal Baru” Harga Memori Akan Jadi Lebih Tinggi - Lenovo
  • Samsung Dilapor Naikkan Harga DRAM Lagi Lebih 20% Pada Q3 2026

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Apple Creator Studio Terima Ciri AI Baharu, Pembantu AI Kini Dalam Keynote, Pages Dan Numbers
  • Apple Lancar iMac M6, Harga Malaysia Bermula RM6,499
  • MacBook Pro 14 Inci Dengan Cip M6 Kini Rasmi - Harga Bermula RM8,299
  • Siri vivo X500 Kini Tiba Di Malaysia, Harga Bermula RM4,699
  • Malaysia Antara 10 Negara Dengan Penggunaan Data Mudah Alih Tertinggi Di Dunia
  • 2 Laptop ASUS Dipacu RTX Spark Dengan RAM 48GB Tiba Di Malaysia
  • ACE Malaysia 2026 Tampilkan Penggunaan AI Setempat Untuk Perniagaan
  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
©2026 WISER.MY