Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Shopee ChatGPT_04 (1)

Pengguna Kini Boleh Cari Produk Di Shopee Terus Melalui ChatGPT

Diterbitkan Jun 23, 2026 · Dikemas kini Jun 23, 2026 oleh Amalina Athman

Pengguna Shopee kini boleh mencari produk secara terus melalui ChatGPT selepas Sea dan OpenAI mengumumkan kerjasama strategik baharu yang membawa integrasi platform e-dagang itu ke dalam chatbot AI berkenaan.

Ciri tersebut kini tersedia untuk pengguna di Malaysia, Indonesia, Filipina, Singapura, Thailand, Taiwan, Vietnam dan Brazil. Dengan pelancarannya, Shopee menjadi platform e-dagang pertama yang tersedia dalam ChatGPT merentasi Asia Tenggara dan Amerika Latin.

Shopee ChatGPT_02

Menerusi integrasi ini, pengguna hanya perlu menaip arahan untuk mendapatkan cadangan produk, atau membandingkan tawaran produk yang lebih murah dan sebagainya. ChatGPT kemudian akan memaparkan cadangan produk daripada Shopee sebelum pengguna meneruskan pembelian di platform Shopee.

Bagi menggunakannya, akaun Shopee perlu dipautkan terlebih dahulu ke ChatGPT menerusi ciri Connected Apps. Setelah sambungan selesai, carian produk boleh dilakukan secara terus melalui perbualan seperti biasa.

Shopee ChatGPT_03

Integrasi ini merupakan sebahagian daripada kerjasama strategik baharu antara Sea dan OpenAI yang bertujuan memperluaskan penggunaan AI di Asia Tenggara dan Brazil.

Selain membawa Shopee ke dalam ChatGPT, kerjasama itu turut merangkumi peluasan akses kepada perkhidmatan dan produk OpenAI melalui program ShopeeVIP, memperkenalkan ChatGPT for Business untuk ekosistem penjual Shopee serta mempercepat penggunaan Codex dalam kalangan komuniti pembangun di rantau ini.

Berkaitan

  • ‘Hype’ Atau Tidak, Ini Yang OPPO Reno15 Sebenarnya Boleh Buat
  • OpenAI Integrasi Codex Dalam Aplikasi ChatGPT iOS Dan Android
  • OpenAI Perkenal Ciri Urus Kewangan Dalam ChatGPT, Boleh Sambung Akaun Bank
  • Pengguna Kini Boleh Akses ChatGPT Dalam PowerPoint

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY