Vivo telah melancarkan siri peranti baharu di China, Vivo X90. Siri ini dikeluarkan dalam dua jenis variasi iaitu Pro dan Pro+.
Vivo X90 merupakan pengganti untuk VivoX80 yang dilancarkan pada tahun lepas.
Bagi paparan hadapan telefon, Vivo X90 didatangkan dengan paparan OLED berukuran 6.78 inci. Telefon pintar ini mempunyai bucu yang melengkung dan potongan punch-hole terletak pada hujung tengah skrin.
Paparan bagi varian biasa mempunyai resolusi FHD+ manakala paparan bagi model Pro+ mempunyai resolusi 2K. Kedua-dua variasi ini mempunyai ciri kadar segar semula 120Hz, 1,300 nits kecerahan serta menyokong HDR10+.
Sementara varian Vivo X90 Pro mempunyai kelebihan di mana dilengkapi dengan ciri pengecaman cap jari yang terletak dalam skrin telefon.
Telefon pintar ini mempunyai kamera yang bulat dan menonjol. Malah, kepingan besi diletakkan secara mendatar di bawah kamera tersebut dengan tulisan ‘Xtreme Imagination’ terukir padanya. X90 Pro Duo juga diberikan IP68-certified water resistant.
Vivo X90 Pro dan Pro+ dilengkapi dengan kamera swafoto 32MP. Bagi Vivo X90 Pro+ pula, ia mempunyai sensor utama Sony IMX989 50MP yang berukuran 1 inci bersama apertur f/1.75.
Siri Pro akan dilengkapi dengan cip pemproses Dimensity 9200 manakala Pro+ pula akan menggunakan Snapdragon 8 Gen 2.
Kedua-dua siri ini mempunyai 12GB RAM LPDDR5 dan storan UFS 4.0 bersaiz 512GB. Vivo X90 Pro mempunyai bateri berkuasa 4870mAh. Bagi Pro+ pula, baterinya berkuasa 4700mAh dan kedua-dua peranti ini menyokong pengecasan tanpa wayar.
{suggest}
Harga yang ditawarkan adalah daripada RMB 4,999 (~RM3,198.86) sehingga RMB 5,999 (~RM3836.83) bagi siri X90 Pro dan RMB 6,499 (~RM4155.46) dan RMB 6,999 (~RM4,475.16) bagi siri Pro+.
Kesemua siri Vivo X90 Pro dan Pro+ akan dijual dengan dua variasi warna iaitu Original Black dan China Red di China pada 6 Disember 2022.
Sumber: GizmoChina
Gambar Utama: GizmoChina