Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
iQOO Mengacah Pelancaran iQOO 11 5G Untuk Pasaran Malaysia

iQOO Mengacah Pelancaran iQOO 11 5G Untuk Pasaran Malaysia

Diterbitkan November 16, 2022 oleh Amalina Athman

Baru-baru ini, iQOO telah mengesahkan kehadiran jenama itu untuk pasaran Malaysia. Terkini, iQOO Malaysia mula mengacah pelancaran iQOO 11 5G yang dijangka tiba tidak lama lagi.

Berkaitan

  • iQOO Dilapor Akan Melebarkan Sayap Ke Malaysia

Poster yang dimuat naik melalui Facebook itu tidak mendedahkan spesifikasi peranti yang akan dilancarkan kelak. Bagaimanapun, ia memberikan bayangan akan ada model yang diinspirasikan oleh BMW M Motorsport dengan jalur merah, hitam dan biru, seperti iQOO 7 Legend.

iQOO Mengacah Pelancaran iQOO 11 5G Untuk Pasaran Malaysia

Untuk pasaran China, iQOO 11 dan iQOO 11 Pro dijangka akan dilancarkan sekitar hujung bulan ini atau awal Disember. Memandangkan jenama itu mula mengacah pengenalan iQOO 11 di Malaysia, pelancaran di negara ini juga mungkin hadir sekitar waktu yang sama.

Sehingga itu, nantikan maklumat lanjut mengenainya dari semasa ke semasa, menjelang pelancaran yang dijangka akan berlangsung tidak lama lagi.

Sumber: iQOO Malaysia

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Stesen RTS Bukit Chagar Guna Sistem Imigresen NIISe Sepenuhnya - Bakal Pengguna Disaran Daftar Lebih Awal
  • Saman MCMC Tidak Jejas Pelaburan Berbilion Ringgit Google Di Malaysia - PM Anwar
  • Beli Peralatan Elektrik 'Online'? Semak 3 Perkara Ini Dahulu
  • Cara Pindahkan Mata Ganjaran Kad Mesra Lama Ke Aplikasi Setel
  • Penyelidik Jepun Hasilkan Sel Hibrid “Planimal” Daripada Alga Merah dan Sel Hamster
  • NVIDIA Dan KIOXIA Bekerjasama Uji Sistem AI Dengan 1.1 Petabait SSD
  • Cara 'Schedule Message' WhatsApp
  • (Ulasan) Nothing Headphone (1) Pro — Hampir Mencapai Tahap 'Pro' Sebenar
©2026 WISER.MY