Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
snapdragon 8 gen 2 (4)

Snapdragon 8 Gen 2 Dibina Untuk Sensor 1 Inci, Kamera 200MP, Rakaman 8K

Diterbitkan November 16, 2022 · Dikemas kini November 16, 2022 oleh Aminuddin Ahmad

Qualcomm telah merasmikan cip Snapdragon 8 Gen 2 pagi tadi di mana pelbagai penambahbaikan dan pembaharuan diumumkan. Antaranya ialah sokongan Wi-Fi 7.

Untuk ketahui berita lanjut, baca artikel INI.

snapdragon 8 gen 2 (9)

Kita semua tahu sensor 200MP ialah satu teknologi ya akan memeriahkan industri mudah alih tahun depan.

Hal ini kerana Samsung sudah pun memperkenal ISOCELL HP3 200MP dan dikhabarkan akan hadir pada Galaxy S23.

snapdragon 8 gen 2 (3)

Cip terbaru daripada Snapdragon ini diumumkan sedia menyokong sensor 200MP, mampu mengambil gambar dalam mod tersebut sekali tangkap dalam masa 3.2 gigapixel per saat.

Berkaitan

  • Snapdragon 8 Gen 2 Binaan TSMC Dikatakan Selesai Isu Haba Melampau, Prestasi Lebih Baik
  • Selamat Tinggal Exynos, Kesemua Model Galaxy S23 Akan Guna Cip Snapdragon
  • Snapdragon 8 Gen 2 Dan Dimensity 9200 Didakwa Guna Teknologi 4nm TSMC
  • Leica Leitz Phone 2 Dilancarkan - Kamera 47.2MP Dengan Sensor 1-Inci, Cip Snapdragon 8 Gen 1
  • Google Wallet Rasmi Di Malaysia, Ini Bank Yang Sokong Dan Cara Pasang
  • Ini Senarai Jenama Terawal Yang Akan Melancarkan Peranti Dengan Cip Snapdragon 8 Gen 2

Gambar 108MP juga dapat ditangkap tanpa shutter lag.

snapdragon 8 gen 2 (7)

Antara teknologi yang disertakan kali ini ialah Cognitive ISP dalam Snapdragon Sight, Semantic Segmentation baharu, Always-Sensing, AV1 codec.

snapdragon 8 gen 2 (8)

Kata Snapdragon, cip 8 Gen 2 ini sudah disuaikan (optimised) dengan sensor Sony Digital Overlap HDR (DOL-HDR) dan ISOCELL HP3.

snapdragon 8 gen 2 (6)

Bagi rakaman video pula, telefon yang menggunakannya boleh mengambil video dalam format 8K HDR pada 30fps, 4K 120fps, slow-motion 720p 960fps.

Bagi memainkan video, ia boleh memainkan sehingga 8K 60fps.

Selain itu, ia juga menyokong HDR10+, HLG dan Dolby Vision.

snapdragon 8 gen 2 (2)

Cognitive ISP dalam Snapdragon Sight akan mencantikkan imej dan video dalam masa nyata. Segmantic Segmentation pula membantu ISP mengenal pasti, mengoptimasi apa-apa dalam bingkai daripada wajah, rambut hinggalah pakaian.

Sumber: Qualcomm

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • SoftBank Rancang Pelaburan AS$50 Bilion Dalam Teknologi Di Malaysia - PM Anwar
  • Selepas Didenda €200 Juta, Temu Janji Perketat Kawalan Penjualan Produk Tidak Sah
  • iPad mini Baharu Rasmi Dengan Skrin OLED, Cip A20 Pro, Harga Bermula RM2,999
  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
©2026 WISER.MY