Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Semua Pengguna Digi Kini Boleh Nikmati 5G Percuma Hingga 30 April

Semua Pengguna Digi Kini Boleh Nikmati 5G Percuma Hingga 30 April

Diterbitkan Mac 1, 2023 oleh Firdaus

Syarikat telko terbesar Malaysia, CelcomDigi mengumumkan yang ia telah menyediakan percubaan akses 5G percuma kepada lebih ramai lagi pengguna Digi.

Percubaan 5G itu boleh diakses melalui pelan Prabayar dan Pascabayar Digi dengan 5G Booster bermula hari ini hingga 30 April nanti.

Semua Pengguna Digi Kini Boleh Nikmati 5G Percuma Hingga 30 April

Ciri 5G Booster

Bermula hari ini, pelanggan Digi boleh mengaktifkan 5G Booster dengan harga langganan RM10 sebulan untuk mengakses ketersambungan 5G Digi.

Sementara itu, pelanggan prabayar pula boleh mengaktifkan 5G Booster pada harga yang sama bermula 16 Mac dalam pelan internet bulanan terpilih sahaja.

Walau bagaimanapun, pelanggan pelan Pascabayar Digi atas RM90 boleh menikmati 5G Booster ini dengan percuma sahaja.

Menariknya lagi, yuran bulanan RM10 itu tidak akan dikenakan untuk sepanjang tempoh percubaan ini (hingga 30 April).

Oleh itu, pengguna boleh menikmati ciri 5G Booster ini dengan percuma kerana yuran bulanan itu akan dikenakan selepas tempoh percubaan.

Berkaitan

  • 5 Sebab Mikrofon Comel Ini Mampu Jadikan Rakaman Video Anda Level Profesional
  • MITI Lulus Permohonan Tesla Untuk Import Kereta BEV
  • Wise Kini Hadir Dengan Fungsi Pindah Wang Ke Touch n Go eWallet
  • Mufti WP Perjelas Hukum 'Buy Now Pay Later'
  • vivo V27e Rasmi: Pengecasan 66W Pada Harga RM1299

Sumber: Siaran Akhbar CelcomDigi

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Siri vivo X500 Kini Tiba Di Malaysia, Harga Bermula RM4,699
  • Malaysia Antara 10 Negara Dengan Penggunaan Data Mudah Alih Tertinggi Di Dunia
  • 2 Laptop ASUS Dipacu RTX Spark Dengan RAM 48GB Tiba Di Malaysia
  • ACE Malaysia 2026 Tampilkan Penggunaan AI Setempat Untuk Perniagaan
  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
  • Eksploit Prolapse Didakwa Sokong PS5 Firmware 14.10, Tapi GTA 6 Masih Sukar Dicetak Rompak
  • Kami Suruh AI Tukar Kindle Lama Ini Kepada Fret Gitar Elektrik & Main Solo Atasnya
  • AEON Bank Perkenal 'Financial Purr-Sona' - Ciri AI Untuk Kenal Pasti Persona Kewangan Pengguna
©2026 WISER.MY