Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Tesla MITI Malaysia

MITI Lulus Permohonan Tesla Untuk Import Kereta BEV

Diterbitkan Mac 1, 2023 · Dikemas kini April 7, 2023 oleh Amalina Athman

Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) kini telah meluluskan permohonan Tesla untuk mengimport Battery Electric Vehicles (BEV) ke Malaysia.

Berkaitan

  • Kereta Tesla Kini Boleh Memainkan 'Game' Steam
  • Malaysia Dijangka Sediakan Sehingga 4,000 Stesen Pengecas EV Tahun Ini - MITI
  • MITI, Proton, Perodua Bincang Percepat Pengeluaran EV Nasional Mampu Milik - Tengku Zafrul

Menterinya, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata Tesla akan membuka ibu pejabat, pusat pengalaman dan perkhidmatan serta rangkaian Supercharger. Pada masa yang sama, ianya akan turut mewujudkan peluang pekerjaan bagi tenaga mahir dengan gaji yang lebih baik untuk rakyat Malaysia.

Dalam pada itu, Tengku Zafrul turut memaklumkan kemasukan Tesla telah dipermudahkan oleh MITI melalui pengenalan inisiatif BEV Global Leaders yang bertujuan membantu meningkatkan permintaan BEV dalam pasaran tempatan.

Malaysia Welcomes @Tesla! @MITIMalaysia has approved Tesla's application to import BEVs into Malaysia.

Tesla will establish a Head Office, Tesla Experience & Service Centres, and Supercharger network, simultaneously creating skilled & better paying jobs for M'sians. pic.twitter.com/BbQP7jNazX

— Tengku Zafrul 🇲🇾 (@tzafrul_aziz) March 1, 2023

Untuk makluman, BEV merupakan kenderaan elektrik yang bergantung sepenuhnya kepada tenaga bateri. Bagi inisiatif yang disediakan oleh MITI ini, dimaklumkan Tesla merupakan pemohon pertama.

Sumber: Tengku Zafrul

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Siri HUAWEI WATCH 6 Rasmi, Harga Bermula RM1,799
  • Inovasi Pelajar MRSM Tun Abdullah Ahmad Badawi Dinobatkan Sebagai Juara Junior Innovathon 2026
  • Portal Sekolahku Himpunkan Maklumat Sekolah Seluruh Negara Dalam Satu Platform
  • Guna AI Cari Kelemahan PS5, Penggodam Terima AS$50,000 Daripada Sony
  • Mini PC ROG Dengan RTX 5090 Ini Boleh Anda Milikinya Pada Harga RM38,759
  • Navigasi TuJu Belum Pulih, Kini Arahkan Pengguna Android Ke Google Maps
  • China Berjaya Sambungkan 'Power Bank' Karbon Dioksida Mampat Ke Grid Elektrik
  • Kekurangan RAM Dijangka Berlarutan Hingga 2030, Harga Peranti Mungkin Kekal Tinggi
©2026 WISER.MY