Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Mufti WP Perjelas Hukum ‘Buy Now Pay Later’

Mufti WP Perjelas Hukum ‘Buy Now Pay Later’

Diterbitkan Mac 1, 2023 oleh Amalina Athman

Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, dapat kita perhatikan kebanyakan platform e-dagang telah menyediakan perkhidmatan ‘Buy Now Pay Later’ atau beli dahulu dan membayarnya kemudian.

Namun, dari segi hukumnya pula bagaimana? Adakah dibenarkan dalam agama Islam? Bagi menjawab persoalan tersebut, Mufti Wilayah Persekutuan telah memberikan penjelasan.

Berkaitan

  • Mufti WP: Hukum Menjadikan Kriptowang Sebagai Mas Kahwin
  • Mufti WP: Hukum Bermain Telefon Dan Menjawab Panggilan Ketika Khutbah Jumaat
  • ChatGPT Kurang Sesuai Sebagai Rujukan Agama - Bekas Mufti WP

Menurutnya, hukum ‘Buy Now Pay Later’ adalah harus dan sah selagi mana ia memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan syarak.

Antara syarat yang ditetapkan syarak adalah ia mesti terbina atas akad jual beli dan bukannya akad pinjaman, tidak berlaku dua jual beli dalam satu akad serta akad itu jelas dari sudut barangan, nilai harga dan tempoh penangguhan.

Selain itu, akad tersebut perlu disepakati di awal pembelian, bukannya di tengah ataupun di akhir pembelian.

Secara tidak langsung, BNPL merupakan satu bentuk toleransi dan kemudahan yang disediakan oleh penjual buat para pembeli.

Sumber: Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY