Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
wise kad dan aplikasi

Wise Kini Hadir Dengan Fungsi Pindah Wang Ke Touch n Go eWallet

Diterbitkan Mac 1, 2023 ยท Dikemas kini Mac 1, 2023 oleh Amsyar Latif

Wise merupakan sebuah perkhidmatan popular terutama dalam kalangan pengembara atau yang sering melakukan transaksi luar negara. Mereka kini telah memberikan nafas baharu bagi laman web rasmi serta pengalaman lebih baik dalam aplikasinya.

Dalam pada itu, ia turut memperbaharui kad Wise yang mana warna hijau kelihatan lebih segar bersama-sama font lebih tebal dan kemas pada kad tersebut.

Wise Kini Hadir Dengan Fungsi Pindah Wang Ke Touch n Go eWallet
Kad Wise Baharu
Wise Kini Hadir Dengan Fungsi Pindah Wang Ke Touch n Go eWallet
Kad Wise Lama

Bersempena dengan ini juga, Wise juga menambah beberapa fungsi baharu buat penggunanya. Antara fungsi yang paling menarik adalah Wise melancarkan pembayaran kod QR.

Ia membenarkan pengguna untuk melakukan pembayaran menerusi kod QR di kedai-kedai yang menyokongnya. Malah, Wise kini menawarkan penghantaran wang kepada lebih 11 dompet mudah alih di Asia.

Berkaitan

  • Kad Prabayar TNG Visa Rasmi, Ini Yang Anda Perlu Tahu
  • Perbandingan Kad Prabayar Di Malaysia - BigPay, Wise, MAE, TNG Visa
  • 8 Perkara Yang Perlu Anda Tahu Tentang Pakej Perpaduan Prabayar Internet Mudah Alih

Ini termasuk Touch n Go di Malaysia, GrabPay di Filipina dan juga ShopeePay di Indonesia.

Dalam perkembangan lain, Wise sudah mencapai 16 juta pengguna seluruh dunia yang mana sebanyak 100,000 orang pengguna baharu setiap minggu.

Bagi ada yang masih keliru apa itu Wise, ia berfungsi lebih kurang sama dengan BigPay, iaitu kad debit prabayar. Namun, Wise popular kerana penukaran mata wang asing lebih berbaloi.

Sumber: Siaran Akhbar Wise

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY