5 Sebab Mikrofon Comel Ini Mampu Jadikan Rakaman Video Anda Level Profesional

Zaman sekarang, kita lihat makin ramai yang cuba menceburi kancah mencipta kandungan khususnya video pendek di platform popular TikTok atau Instagram Reels.

Tapi, kekangan utama bagi golongan baharu ini semestinya tiada kelengkapan baik kerana kos yang agak kurang mampu milik.

Dalam mencipta kandungan video, audio yang sedap sentiasa jadi nadi utama. Yalah, kalau cakap tak jelas, orang pun tak faham.

Input audio dari telefon biasanya kurang memberangsangkan. Oleh itu, di sini ada satu mikrofon comel yang mampu menyelamatkan anda. Ia diberi nama Comica Vimo S.

Kenapa penyelamat? Ini dia 5 sebab mengapa Vimo S boleh berikan audio yang syahdu dalam setiap rakaman video yang anda cipta.

{snap}

Rekaan Kecil Molek Tapi Power Berbisa




Vimo S hadir dengan rekaan yang kompak yang mana bekas simpanan boleh dicas. Malah, ia juga ringan dan mudah untuk dibawa ke mana-mana sahaja.

Selain itu, bekas simpanan magnetik yang boleh dicas itu mampu memberikan masa penggunaan sehingga 5 jam. Manakala, mikrofon itu sendiri boleh berikan rakaman audio sehingga 5 jam.

Jadi, tak perlu risau sekiranya anda mahu membuat rakaman di luar apabila ketiadaan sumber untuk bekalan tenaga nanti.

Lihat harga di Shopee

{snap}

Hanya Cucuk, Plug & Play Saja




Ini yang membuatkan mikrofon Vimo S memang mudah digunakan. Sebabnya USB mikrofon ini hanya memerlukan anda cucuk saja USB pada telefon pintar.

Semudah ABC kerana anda hanya plug & play. Ini kerana mikrofon Vimo S tidak perlu sebarang pemasangan perisian pihak ketiga ke dalam peranti sepertimana jenama mikrofon lain.

Bahkan, anda juga tak perlu pening-pening nak padankan mikrofon itu. Hanya tekan 'On' dan sedia untuk buat rakaman video.

Lihat harga di Shopee

{snap}

Sokong Android Dan Juga Lulus Apple MFi




Vimo S hadir dengan dua variasi mikrofon. Satunya USB-C dan satu lagi Lightning. Untuk pengguna Apple, anda tidak perlu risau kerana peranti ini sudah lulus Apple MFi.

Ia secara tidak langsung boleh mengelakkan ketidakserasian dengan peranti Apple dan juga boleh hindarkan bunyi hingar ketika digunakan nanti.

Lihat harga di Shopee

{snap}

Audio Jelas, Sedap Umpama Mikrofon Profesional




Mikrofon ini mempunyai kualiti yang setaraf profesional kerana ia menyokong rakaman lossless 48kHz/24bit.

Tambahan lagi, bunyi latar belakang juga memang tidak begitu kedengaran dan audio yang dihasilkan juga jelas baik dari segi treble dan juga bass yang asyik.

Bagi menyedapkan lagi kualiti audio, Vimo S turut dilengkapi cip DSP terbina yang mana ia dapat memberikan pengalaman rakaman audio lebih cemerlang dengan hanya satu klik.

Lihat harga di Shopee

{snap}

Nak Mono? Nak Stereo? Rakam Jarak Jauh? Tak Ada Hal




Vimo S juga hadir dengan dua transmitter yang mana ia boleh merakam dua sumber audio berbeza. Anda boleh menukar sama ada mahukan suara mono atau stereo dengan klik sahaja pada butang tersedia.

Satu lagi perkara menarik, mikrofon ini mampu dirakam dalam jarak sejauh 200m dan kurang dari 20ms delay. Jadi, anda tidak akan menghadapi sebarang masalah apabila buat rakaman video outdoor.

Lihat harga di Shopee