Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
iPhone 16_featured image

Semua Model iPhone 16 Dilengkapi 8GB RAM

Diterbitkan September 10, 2024 · Dikemas kini September 10, 2024 oleh Amalina Athman

Apple kebiasaannya tidak mengiklankan jumlah RAM yang disertakan dalam iPhone secara terbuka.

Namun begitu, maklumat yang ditemui dalam versi terkini alat pembangun Apple XCode 16 mendedahkan bahawa keempat-empat model iPhone 16 dilengkapi 8GB RAM bagi melancarkan keupayaan Apple Intelligence.

Ini bermakna iPhone 16 dan iPhone 16 Plus mempunyai 2GB RAM tambahan berbanding iPhone 15 dan iPhone 15 Plus, manakala iPhone 16 Pro dan iPhone 16 Pro Max kekal dengan jumlah RAM yang sama seperti model iPhone 15 Pro.

Menurut laporan MacRumors, fail Xcode yang sama juga pernah mendedahkan jumlah RAM dengan tepat untuk model iPhone 15 tahun lalu, serta beberapa generasi sebelumnya.

Bercakap mengenai ketersediaan, kehadiran Apple Store di Malaysia menjadikan pengguna di negara ini antara terawal yang akan menerima barisan iPhone 16. Prapesan keempat-empat model iPhone 16 akan dibuka pada 13 September 2024, jam 8.00 malam. Sementara jualan pertama bermula 20 September 2024.

Berkaitan

  • iPhone 16 Dan iPhone 16 Plus Rasmi - Cip A18, Butang Action, 'Camera Control'
  • iPhone 16 Pro Hadir Dalam Saiz Lebih Besar, 6.3 Inci Dan 6.9 Inci, Dikuasakan A18 Pro
  • Prapesan Mulai 13 September, Ini Senarai Penuh Harga Siri iPhone 16
  • Siri iPhone 16 Lebih Murah Berbanding iPhone 15
  • Boleh Kemas Kini iOS 18 Pada 17 September, Apple Intelligence Bulan Depan, Ini iPhone Yang Sokong

Sumber: MacRumors

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Xbox Nano Controller Rupanya Boleh Sambung Terus Ke Cloud Melalui Wi-Fi
  • TNG eWallet Kini Tawarkan Tempahan E-Hailing Di 47 Negara - Bayaran Dalam Ringgit Malaysia
  • Selepas Hampir 22 Tahun, Satelit Swift NASA Masuk Semula Atmosfera Di Atas Indonesia
  • CelcomDigi Kesan 260 Juta Panggilan Disyaki Scam, Sekat 22 Juta SMS Sebulan
  • Bluetooth Akan Jadi Lebih Pantas, Kadar Pemindahan Data Meningkat Hampir 4 Kali Ganda
  • Antigravity A1 Pertonton Mod Baharu 'Follow Me' Di Merdeka 118
  • Penduduk Gaza Ubah Sisa Runtuhan Jadi Turbin Angin Buatan Sendiri
  • Peraturan Baharu Jualan Tiket Bas Ekspres Dilaksana Berfasa - Pembelian Melalui Platform Sedia Ada Masih Dibenarkan
©2026 WISER.MY